Tuesday, May 22, 2012

Bulu Mata. Kakak.







Diceritakan di Hari Pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Ia dituduh bersalah, menyia-nyiakan umurnya di dunia untuk berbuat maksiat. Tetapi ia berkeras membantah. “Tidak! Demi langit dan bumi sungguh tidak benar. Saya tidak melakukan semua itu.” “Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa,” jawab malaikat. Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu ke segenap penjuru. Tetapi anehnya, ia tidak menjumpai seorang saksi pun yang sedang berdiri.

Di situ hanya ada dia sendirian. Makanya ia pun menyanggah, “Manakah saksi-saksi yang kau maksudkan? Di sini tidak ada siapa kecuali aku dan suaramu.” “Inilah saksi-saksi itu,” ujar malaikat. Tiba-tiba mata hamba Allah tersebut bicara, “Saya yang memandangi.” Disusul oleh telinga, “Saya yang mendengarkan.” Hidung pun tidak ketinggalan, “Saya yang mencium.”


Bibir mengaku, “Saya yang merayu.” Lidah menambah, “Saya yang mengisap.” Tangan meneruskan, “Saya yang meraba dan meramas.” Kaki menyusul, “Saya yang dipakai lari ketika diketahui orang akan maksiat tersebut.”

“Nah! Kalau kubiarkan, seluruh anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu itu”, ucap malaikat. Orang tersebut tidak dapat membuka sanggahannya lagi. Ia putus asa dan amat berduka, sebab sebentar lagi bakal dihumbankan ke dalam Neraka Jahanam. Padahal, rasa-rasanya ia telah terbebas dari tuduhan dosa itu. Tatkala ia sedang dilanda kesedihan itu, tiba-tiba terdengar suara yang amat lembut dari selembar bulu matanya: “Saya pun ingin juga mengangkat sumpah sebagai saksi.”

“Silakan”, kata malaikat. “Terus terang saja, menjelang ajalnya, pada suatu tengah malam yang lengang, aku pernah dibasahinya dengan air mata ketika ia sedang menangis menyesali perbuatan buruknya. Bukankah nabinya pernah berjanji, bahawa apabila ada seorang hamba kemudian bertaubat, walaupun selembar bulu matanya saja yang terbasahi air matanya, namun sudah diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka saya, selembar bulu matanya, berani tampil sebagai saksi bahawa ia telah melakukan taubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan.”

Dengan kesaksian selembar bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan dihantarkan ke syurga. Sampai terdengar suara bergaung kepada para penghuni syurga: “Lihatlah, Hamba Allah ini masuk surga kerana pertolongan sehelai bulu mata.”

* Taubatlah dengan sebenar-benar taubat yang penuh penyesalan dan keikhlasan sebelum terlambat.. Allah itu Maha Pengampun..

===

ada seorang kakak. kakak yang rapat sangat-sangat dengan aku. tidur setilam, makan
sekali, belajar sekali, datang luah sesuatu pada aku.

'Kak sebenarnya dah teringin lama sangat nak join usrah'

aku tersentap.

Selama ni, selama aku pergi usrah, selama aku join daurah, tak pernah aku offer kat kakak ni untuk ikut aku sekali.

'Dah lama akak tengok kamu pergi, kak teringin nak jugak, tapi akak tak pandai cari'

aku makin sentap. Ya Allah! Rasa berdosa gegilerrr.

'Kak rasa kosong. memang la hari-hari solat, mengaji.. tapi takde sape nak mengingatkan, takde sape nak datang cakap pasal agama-agama'

Sungguh..sangat-sangat terketuk.

'Erkk..Kak, saya terketuk. Saya baru sedar, saya tak penah offer kat akak untuk join usrah sekali'

waktu tu muka aku dah merah. Merah malu, merah rasa tersentap. Lama aku senyap..

'macam ni la kak, kak cari orang, geng-geng kak sape lagi yang nak usrah, kak bagi nama kat saya k. saya cari naqibah sekarang jugak!'

dia senyap. 'tak boleh ke akak join usrah kamu tu je?'

aku diam. ya Allah.. ya Allah..

'bukan tak boleh sebenarnya.. tapi memang dah ramai, lagipun takut akak terkontang-kanting waktu kitorang dah takde nanti. akak mesti kena cari yg sama level, amek course sama-sama kan? sama umur at least,kitorang budak-budak lagi huhu'

memang rasa bersalah menggunung yang teramat.

'takpelah kalau macam tu. nanti kak cari'

aaaaaaaaaaaaa! aku rasa nak menangis, sebab terbayang betapa ignorantnya aku terhadap orang sekeliling. betapa tak ambil kisahnya aku.

'kak terkilan sebenarnya, tengok orang tudung labuh tegur orang yang tak alim ni marah-marah' aku senyap. Dengar semua luahannya.

'tapi kita tak boleh judge orang lain sume sama, kak'

'kak tau..tapi kak still terkilan'

Kakak, jom sama-sama duduk dalam circle ni? Saya mintak maaf sebab tak tarik kakak, saya mintak maaf sebab selama ni saya berkawan dengan kakak untuk hal dunia je

T_____T


'kak still nak usrah tu?' - satu SMS aku hantar. aku tau bukan sepatutnya aku tanya soalan begitu.

'ye, kak nak jugak, tapi takde geng, mcm mana?' dia balas.

kesungguhan yang dia ada, maka langkah dia yang perlu aku permudahkan. Kakak, saya minta maaf huhuhu

Sunday, May 20, 2012

Hols! ^^

Bismillahirrahmanirraheem..


Finally, HOME! walaupun rumah sekangkang kera je dengan MESTECH tu, tapi at least boleh tarik nafas lega bila mana boleh balik rumah dengan minda yang lapang, hati yang tenang sebab takyah fikir pasal exam daaahhhhh! (kalau tak, bila balik rumah je mesti serba salah sebab tinggal buku kat hostel huhu)


Alhamdulillah, Alhamdulillah thummalhamdulillah.. berjaya tamatkan semester ke-2 daripada 3 untuk tahun pertama Perubatan! Sungguh, aku tak tipu. Medik memang tough. Tak susah, tapi serius mencabar. Mencabar jiwa dan raga! huuu


setelah berhempas-pulas selama 5 bulan, dengan exam yang berderet selang beberapa minggu tu je, Alhamdulillah, dengan berakhirnya exam Praktikal Anatomy hari Jumaat haritu, maka berakhirlah exam kami untuk sem ini. Sekarang, tugas yang perlu dilakukan isssss.. tawakkal & doa! ^^


Cuti seminggu, cuti untuk berbakti. Ramai orang fikir, nikmat dan rezeki ialah wang, harta, kesenangan. tapi sebenarnya banyaaakk lagi. Cuti yang aku ada sekarang ni pun, merupakan nikmat dan rezeki yang Dia bagi. Maka, mari manfaatkan ;)


Happy hols guys. 

Sunday, May 13, 2012

mencintai tak bererti memiliki
memiliki tak bererti mencintai

(2 : 216)


Monday, April 30, 2012

Countdown final exam : 6 hari lagi.

Ini masanya untuk speed. Pecut! Ya Allah.. kadang-kadang rasa macam belajar bukan untuk Dia, tapi untuk exam :(

7/5 - English
9/5 - Biochemistry
11-5 - Arab
14/5 - Physiology
16/5 - Histology
17/5 - Practical Histology & Anatomy
18/5 - Practical Anatomy

Mohon doa semua. Mohon dimudahkan semua urusan. Mohon Allah ilhamkan sesuatu yang terbaik, mohon pertolongan dari-Nya.

habis exam, cuti seminggu, mula sem baru. ini serius penat! hoho

Aku tak mampu mengeluh berlebih-lebihan, melainkan mengadu minta Dia mudahkan urusan. kadang-kadang,memang rasa mahu menangis, tapi ini jalan yang aku pilih. maka struggle! :D

bittaufeeq guys. wassalam :)

Thursday, April 26, 2012

Seminggu lagi Final Exam.

Salam warahmatullah :)


(menarik nafas dalam-dalam, selepas berakhirnya hari yang panjang hari ni) Alhamdulillah 'ala kulli haal ya Allah :)


Seminggu lagi, final exam akan mula. Final exam untuk semester dua. Jujurnya, memang sangat penat, hingga nak cari masa untuk rehat pun, perlu atur betul-betul.


Ada orang terasa dengan aku, sebab aku tak sempat nak tanya khabar dia. Aku tak sempat nak update dah berapa juzuk dia habis, dah graduate ke belum. I'm sorry sayang. You know who you are :)


Minggu ni saja, (note that today is Thursday) kelas sampai hari Ahad! Esok penuh kelas sampai petang, malam pula ada sambutan kecil-kecilan dengan seorang lecturer memandangkan minggu ni minggu last bersama beliau.


Sabtu penuh dengan kelas Histology dan Biochemistry, Ahad pun sama. Mujur minggu depan, study week. Kalau tak, boleh pengsan! huhuhu


---


Proses pentarbiyyahan bukan proses yang sekejap. Ia satu proses yang sangat lama, dan sangat panjang. Sepanjang cuti semester satu dulu, cuti yang selama sebulan tu, aku pergi ke daurah-daurah yang berjaya mengetuk hati dan perasaan.


Betapa sekarang ni, aku merasakan kata-kata aku perlu dijaga..perlu diteliti semula, sebab kata-kata itu salah satu perkara penting yang akan dihisab dekat sana nanti.


Dan kalau sudah nama proses pentarbiyyahan, sudah tentu cabarannya kuat jugak kan? Cabaran kawan-kawan yang belum memahami, dan faktor sekeliling jugak.
Maka, kuatlah hati. Tolong kuat :)


---


Keluarga. Kalau sudah nama keluarga, hubungannya pusing-pusing ikut mana pun, tetap ke situ jugak. 
Aku bersyukur, Allah beri keluarga kami ujian sebegini. Ujian yang menguatkan kami. Yang membuatkan kami sedar, bahawa kami ini satu keluarga. Keluarga yang darah kami sama, muka kami lebih kurang, dan sifat kami pun nak sama!
Aku bersyukur, sebab Allah uji kami dengan harta, bukan dengan kesihatan. Allah uji kami dengan kesusahan, bukan dengan kesenangan yang boleh buat kami lupa pada Dia. 


Alhamdulillahhh..


:D


mari mendaki bukit maratib amal dengan sabar dan kuat.


p.s : tajuk tah pape. hoho