dia pergi semalam. senyap, tak terasa lagi.
dan semalam juga, waktu 'khusyuk' mendengar ceramah selama 5 jam itu,
satu panggilan masuk. aku tekan butang merah. terpaksa.
walau dalam hati, berlegar-legar sebab dia telefon.
kali kedua, aku tekan butang hijau, tapi dibiarkan tidak bercakap.
kali ketiga, satu mesej masuk,
'tengah seminar? nak bagitau ni, kita dapat....'
senyap. setiap bait-bait perkataan yang penceramah cakap kat depan,
dah masuk telinga kiri, keluar telinga kanan.
habis saja ceramah untuk 3 jam yang pertama, tangan berlari menuju ke senarai nama, dan tekan butang hijau.
mahu kata pada dia 'tahniah'. mahu kata pada dia 'jangan pergi'.
semuanya bercampur-baur. mahu kata sedih, mahu kata gembira. semuanya dah mixed in one.
akhirnya, pujuk diri sendiri. pujuk sungguh-sungguh.
waktu mengimamkan solat Zuhur petang itu, waktu sujud lama untuk sujud yang terakhir,
rasa mahu mengadu semuanya.
tapi tersedar, lepas ini ada sambungan ceramah. tentu makmum-makmum di sebelah tak nak lambat, tak nak lewat.
makanya, tangguh dulu semua aduan pada Sang Pencipta.
dan tadi, dating kali terakhir bersama dia. teman dia mencari barang buat kali terakhir.
mahu menangis depan dia,
tapi tak sanggup.
mahu peluk buat kali terakhir, tapi tak sempat.
dari dia dan dari mereka semua,
aku belajar makna Ithar,
aku belajar makna berlapang dada,
aku belajar segalanya tentang Tuhan dan kemanisan iman.
===
Allah rancang semuanya untuk kita, perancangan tu semua dah cantik, tiada cacat cela
bila kita rancang sesuatu, tapi Dia kata bukan, maknanya ada hikmah di sebalik tu.
belajarlah menerima, belajarlah berlapang dada untuk redha dengan semua perancangan Dia
sebab Dia pencipta kita, Dia yang lebih tahu :)
kadang-kadang, kita rasa apa yang kita rancang tu, dah terbaik untuk kita
tapi sebenarnya, ada yang lagi baik yang Allah aturkan, sama ada kita suka atau tidak
dan kita kena terima dengan hati yang terbuka.
Allah bagi kita banyak pilihan
hanya terletak pada kita, untuk jelajah pilihan itu, dan buat pilihan yang tepat
dan istikharah adalah cara yang terbaik untuk kita jelajah segala pilihan itu.
makanya, mari beristikharah :)
kita Muslim, dan Muslim menuju Mukmin,
kita ada cara tersendiri untuk mengadu masalah kita, dan segalanya :)
===
Nizhamun fi Syu'unihi = tersusun masa
10 muwasafat tarbiyah sedang diuji. dan pasti, waktu cuti beginilah, lebih hebat ujiannya.
lebih hebat ujiannya, bila memilih untuk tidur lewat di malam hari
dan terlepas waktu Subuh.
lebih hebat ujiannya, bila rancangan-rancangan di tv lebih menggoda dan menarik untuk melewatkan solat,
bukan?
mari renew iman,
Aku bersaksi bahawa Engkau tuhanku,
dan Nabi Muhammad itu pesuruh Engkau.
===
mahu cari masa. kembali bina identiti.
untuk dia, selamat berjaya.
untuk dia, menyesal tak keluar dengan full time babysitter yang penuh dengan pampers, baju spare dan botol susu dalam handbag? lol
untuk dia, takpe, insya-Allah kita sama-sama akan berjaya
untuk dia, aku sentiasa doakan.
:)
nota kaki : saya perlukan 'Untuk Kamu' saat ini.

