![]() |
| untuk kalian :) |
aku tak pernah rasa manisnya ukhuwwah semanis apa yang aku rasa sepanjang di Hamidiah, atau lebih spesifik lagi, 5 Ibnu Sina (bukan aku mahu buat diskriminasi kelas atau apa)
ya, aku tak pernah duduk di asrama, aku tak pernah rasa solat Subuh berjemaah setiap hari bersama kawan, bangun tidur kawan yang kejut, baju sekolah kawan iron kalau tak sempat.
tapi apa yang sempat aku rasa sepanjang masa aku berbaki setahun di Hamidiah, semuanya terlalu manis.
kelas kami kelas paling hujung, selang sekelas dengan tangga putera.
paling hujung, dan mungkin paling diam. pelajar puteri panggil, Kelas Berhantu (aku taktau pelajar putera panggil apa). sebab apa berhantu? Sebab kelas itu sangat diam. Bila tiada cikgu, hanya boleh dengar bunyi kipas (anda boleh bayangkan bagaimana tekunnya pelajar di dalamnya membaca buku, yang pasti bukan aku). macam ada aura rumah hantu huhu
matlamat kami tahun lepas adalah satu, straight A plus.
dalam masa yang sama, masing-masing tingkatkan hubungan dengan Dia. memang payah betul nak cari kesalahan rakan sekelas (kalau ada pun mungkin salah budak putera yang sengaja di cari. mintak maaf ye :D)
awal tahun, semua macam stress, tensen berada dalam kelas ni.
sebab kelas ini kelas nombor 1, harapan cikgu pada kelas ni, harapan yang luar biasa. anda akan rasakan keadaan stress tu sejak hari pertama lagi.
habis penggal pertama, masuk penggal kedua, masing-masing dah macam cacing kepanasan, kucing hilang anak, taktau nak mula baca buku dari mana sebab bahang SPM dah dekat!
waktu ni memang sangat-sangat terasa manisnya ukhuwwah, sukanya berada dalam kalangan mereka yang faham betul-betul erti ukhuwwah islamiyah :)
3 a.m. One message received : Hani
'Salam, jom jom bangun! Solat lepas tu stadi! Straight A plus mengejar kte!'
terus bulat mata, duduk tegak. bangun!
selang beberapa minit, beberapa missed calls masuk. Tanda suruh bangun jugak. Cik Hani, merupakan alarm clock kami paling berjaya :)
Tapi kadang-kadang tu terlelap sampai Subuh jugak. bila jadi macam tu, pergi sekolah mintak maaf banyak-banyak dekat Cik Hani yang dah susah-susah tolong kejutkan, tapi tak bangun-bangun!
bila agak-agak semangat nak jatuh, Cik Syazana selalu ada tolong ketuk kepala. dengan kata-kata semangat yang super bersemangat, buatkan aku rasa aku tak boleh menyerah kalah.
ada satu hari, sekeping kertas warna biru datang kat aku. kecik je kertas tu, Cik Syazana masukkan dalam purse bahagian yang boleh nampak, dia tulis ;
'Thoba, kena dapat 11A+ tau SPM ni!!' bila baca kertas tu, memang akan jadi bersemangat
kalau tak pun, Cik Syazana akan buat conversation masa depan,
'Jom laaa kte pergi Jordan sama-sama.'
Alhamdulillah Cik Syazana, Allah dengar conversation masa depan kita, Allah dengar doa kita :')
(semalam budak ni peluk aku dalam keadaan mata merah. Hai Cik Syazana, kuat! Mana boleh lembik-lembik, kte kan super women! :D)
dan Cik Hanisah, kawan baik yang sampai mati takkan aku lupakan. Dia merupakan Ketua bagi Kelab Macho kami. tanpa dia, siapalah aku (uhuk :P)
Cik Azlyn yang sememangnya lebih macho dari aku dengan sneakers koyaknya, dan gaya cool-nya. Aku rasa dalam Kelab Macho tu, aku paling emo. Huuuuu
Oh yaaaa, hanya Cik Hanisah yang tahu apa makna huruf A yang ada dekat tangga belakang Hamidiah. setiap kali aku dan dia panjat tangga tu, dan bila aku ternampak huruf A tu, aku akan cakap 'Jangan pijak! Ni huruf A kte, kte sayang dia!' dengan muka tak malunya.
dan banyaaaaaaaaaaaaaaaaak lagi kenangan yang kalau aku tulis, sampai esok pun tak habis.
untuk kawan-kawan yang lain, terima kasih sebab pernah hadir dalam hidup. jadikan hidup aku colourful dan cantik macam pelangi.
dan banyaaaaaaaaaaaaaaaaak lagi kenangan yang kalau aku tulis, sampai esok pun tak habis.
untuk kawan-kawan yang lain, terima kasih sebab pernah hadir dalam hidup. jadikan hidup aku colourful dan cantik macam pelangi.
Kak Asral, Wanie, Ati, Qila, Farah, Ainiz, Farhana, Humaira, Sue, Atikah, Mikin, Ama, Akmal, Shera, Intan, Sya, Syifa'.
untuk anda (pesanan spesel) dan untuk yang lain :
semoga berjaya, All the best dalam apa jua bidang
:)
bila cuti 7 bulan macam ni, semua benda yang pernah ada dalam memori 5 Ibnu Sina datang balik. aku tak tipu, aku sangat3 rindu.
rindu nak lari dari Lab Bio pergi kantin semata-mata nak pinjam tudung makcik kantin, pakaikan dekat skeleton.
rindu nak buat macam-macam.
sungguh orang kata, zaman sekolah adalah zaman terbaik.
Uhibbukum fillah, sayang semua sebab Dia.
insya-Allah kalau ada jodoh, kita jumpa lagi yaaaa :D
nota kaki : sape kawen dulu jangan lupa jemput. lalala~
nota kaki : sape kawen dulu jangan lupa jemput. lalala~
wassalam

0 comments:
Post a Comment