17. Ingatlah ketika dua malaikat mencatat perbuatannya, yang satu duduk di sebelah kanan yang lain duduk di sebelah kiri.
18. Tidak ada satu kata yang diucapkannya melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang selalu siap mencatat.
19. Dan datanglah sakaratul maut dengan sebenar-benarnya. Itulah yang dahulu hendak kamu hindari.
20. Dan ditiuplah sangkakala. Itulah hari yang diancamkan.
21. Setiap orang akan datang bersama malaikat pengiring dan malaikat saksi.
22:
Sesungguhnya kamu dalam kelalaian daripada (hal) ini, maka Kami (Allah)
singkapkan dari pada kamu tutupan, maka penglihatan kamu pada hari itu
amat tajam.
23.
Dan yang menemaninya berkata: "Inilah yang tersedia pada sisiku."
24.
Lemparkanlah oleh kamu berdua ke dalam Neraka Jahanam semua orang yang
sangat ingkar dan keras kepala.
25.
Yang menghalangi kebaikan, melampaui batas, lagi ragu-ragu.
26.
Yang menjadikan beserta Allah ilah (tuhan-tuhan) yang lain, maka lemparkanlah
dia ke dalam seksaan yang sangat.
27.
Yang menemaninya berkata: "Rabbana (wahai Tuhan kami)! Aku tidak menyesatkannya
tetapi dialah yang berada dalam kesesatan yang jauh."
28.
(Allah) berfirman: "Janganlah kamu bertengkar di hadapan-Ku (Allah), dan
sesungguhnya Aku (Allah) telah memberikan ancaman kepadamu."
29.
Tidaklah dapat diubah-ubah perkataan (ketetapan) di sisi-Ku (Allah), dan
tidaklah Aku (Allah) menganiayakan hamba-hamba-Ku (Allah).
30.
Pada hari Kami (Allah) bertanya kepada Jahanam: "Apakah kamu sudah penuh?"
Dia menjawab: "Masih adakah tambahan?"
31.
Dan didekatkanlah syurga kepada orang yang bertakwa, tidaklah jauh.
32.
Inilah yang dijanjikan kepada kamu, (iaitu) kepada setiap yang kembali,
lagi memelihara.
33.
Orang yang takut kepada al-Rahman (Yang Maha Pemurah), di dalam ghaib,
dan dia datang dengan hati yang bertaubat.
34.
Masuklah ke dalamnya dengan sentosa, itulah hari yang kekal.
35.
Bagi mereka di dalamnya apa yang mereka kehendaki, dan pada sisi Kami (Allah)
ada tambahannya.
===
tadabbur al-Qaaf. ayat-ayat yang dinyatakan dalam surah ni, cukup untuk menggerunkan hati.
===. ===
0 comments:
Post a Comment