Sunday, June 12, 2011

We are beautiful, Allah loves us!

“Alastu birabbikum? Qalu bala syahidna” 
“Bukankah Aku ini Tuhanmu?” Mereka menjawab: “Betul (Engkau Tuhan kami), kami  menjadi saksi.” (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak  mengatakan: “Sesungguhnya kami (bani Adam) adalah orang-orang yang lengah  terhadap ini (keesaan Tuhan)”. (7:172)
saat perjalanan adalah pencarian diri :)

dah lama rasanya tak duduk dalam usrah.
hati tak kena ketuk, diisi dan diberi minum dengan tazkirah yang 'basah'. basah dengan pengajaran..

dengan keadaan hati yang banyak tompok-tompok, rasa mahu menangis dan sujud syukur bila dengar semua pengisian yang naqibah bagi tadi memang kena tepat atas batang hidung.

===

Let's return to Allah,
Let's return to our fitrah,
Allah has been waiting for you :')

We must be close, love and be guided by Him. thats the real strength :)

kita ni, datang dari Dia.
kita ni, sebelum datang ke dunia, dah testify, dah buat perjanjian, MoU dengan Allah.
dalam perjanjian tu, kita berjanji dengan Allah bahawa kita mahu jadikan Dia tuhan kita. Tuhan yang Satu.
dalam perjanjian tu, Allah tanya kita bukankah Dia Tuhan kita. kita jawab, Ya, sudah tentu!
dan dari situ, barulah disempurnakan jasad dan ditiupkan roh.


Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka dan Dia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Dia bertanya dengan firmanNya): Bukankah Aku Tuhan kamu? Mereka semua menjawab: Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini. (Al-A'raf : 172)

jadi, siapa kita nak cakap sekarang ni Dia bukan Tuhan kita?
siapa kita nak langgar semua yang Dia suruh sekarang ni?
layak ke nak langgar semua perjanjian tu? sedangkan kita sendiri yang bersaksi, perjanjian ini adalah perjanjian antara kita dan Dia.

tak malu ke kita? ToT
bila kita dah berjanji macam tu, kenapa kita nak buat endah tak endah dengan keadaan iman kita.
sedangkan kita tahu tanggungjawab kita bila dah berjanji, perlu tunaikan janji, perlu ikut prosedur perjanjian yang dah tersenarai panjang dalam surat cinta yang Dia bagi tu.
prosedur yang perlu diikut, dipatuhi..
jangan rasa semua prosedur tu payah, sebab semua prosedur ini logik, diterima akal.
baiknya Allah bila Dia pesan kat kita supaya sentiasa solat.
romantiknya Allah bila Dia aturkan pertemuan kita dengan Dia 5 kali sehari.
sweetnya Allah bila Dia bagi kita surat cinta paling bermakna, paling indah yang pernah kita dapat.
prihatinnya Allah bila Dia bagi kita Ramadhan, bulan untuk kita jaga kesihatan, kawal nafsu. maknanya, Allah concern dengan keadaan diri kita.

Subhanallah! ^.^

===

macam mana kita tergamak nak lakukan dosa lagi bila tangan yang bergerak itu Allah yang bagi?
macam mana kita tergamak nak berzina bila jantung yang pam darah kita tu datang dari Allah?
macam mana kita tergamak nak buat benda yang dah sah-sah depan mata salah, sedangkan kita tahu satu hari nanti kita konfem nak pergi jumpa Dia,
kita konfem akan berdiri depan Dia, dengar perbicaraan dari Dia.

sekarang yang kita kejar, redha Allah ke redha manusia?
sekarang aim kita, syurga Allah ke syurga dunia?
jawab sendiri dalam hati..

kena always ingatkan diri sendiri, CHECK HATI & IMAN
hati ni mood baik dan mood jahat dia turun naik.
iman ni bertambah berkurang..
tak semestinya kita duduk dalam halaqah, usrah, kawan semua baik-baik,
kita dah cukup selamat.
tak semestinya kelompok keluarga kita semua pergi program ilmu,
kita dah tak perlu nak buat medical check-up --> baca check hati & iman.
kena selalu buat, kena selalu ingatkan.
syaitan takkan pernah berhenti hembus-hembus benda jahat huhu

===

duduk lutut bertemu lutut dengan kak Wardina, inspirasi bertiup masuk dalam hati terus serap dalam jiwa,

'Tak payah kisah orang suka kita atau tak, tak payah kisah lelaki suka kita ke tak. yang penting kita ada prinsip, prinsip kita betul, atas jalan Dia. at the end of the day, semua orang semua lelaki takkan nilai paras rupa, tapi sini dan sini (sambil tunjuk hati dan akal)..

..at the end of the day, Allah tahu apa yang kita buat tu semua sebab Dia. dunia luar memang payah nak hadapi kalau takde prinsip. ingat, kena ada prinsip!'

'Awak nak jadi doktor, be strong!'

kak Wardina Safiyyah's soooooooooo humble and inspiring! :')

===

We are beautiful, Allah loves us.

nak hadapi semua yang ada kat luar ni, cantikkan iman, cantikkan hati,
kuatkan prinsip.

insya-Allah bolehhhhhhhh :)

Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Maka tidakkah kamu memahaminya? (6:32)


Dunia itu perhiasan. dan sebaik-baik perhiasan ialah WANITA SOLEHAH

wassalam

1 comments:

ati said...

thoba jumpe kak wardina kat mn? die naqibah thoba ke?