| 1st round |
debat tak ajar aku bergaduh,
debat tak ajar aku bertengkar,
debat tak ajar aku jadi seorang yang ego,
debat tak ajar aku macam mana nak tingkas kata-kata lawan dengan emosional
tapi debat ajar aku, macam mana nak sampaikan sesuatu bersesuaian dengan keadaan pihak lawan,
debat ajar aku macam mana nak betul-betul sabar.
dalam hidup kita ni, nak tak nak kita akan berhadapan dengan manusia yang mempunyai berlainan pendapat, cara dan gaya penerimaan sesuatu perkara.
nak yakinkan seseorang dengan apa yang kita tahu, tak cukup dengan lontaran suara, gaya yang tegas
tapi dengan ilmu dan makrifah yang betul-betul mantap tentang sesuatu
nak sampaikan ilmu Dia pada orang lain, tak cukup dengan gaya yang 'ketepuk ketepang' bercakap,
tapi kena ada ilmu juga. kena betul-betul yakin dengan ilmu kita. kena siapkan diri untuk approach orang, jadi seorang yang approachable.
(perkara yang disebut di atas adalah sesuatu yang baru dipelajari oleh penulis. anggaplah ini satu perkongsian simple yang mahu sama-sama dipraktikkan) ^^
(perkara yang disebut di atas adalah sesuatu yang baru dipelajari oleh penulis. anggaplah ini satu perkongsian simple yang mahu sama-sama dipraktikkan) ^^
| sketch book. sarat dengan luahan dan tulisan. |
minggu yang sangat menguji kekuatan mental dan fizikal aku sebenarnya.
penat berkejar, cuba menjadi yang terbaik untuk mereka
tak sedar berapa banyak air mata tumpah dalam diam, sebab terlalu banyak ujian yang Dia bagi.
dalam keadaan kepala sarat memikirkan urusan yang diamanahkan di USIM, segala dokumen penting hilang.
dalam keadaan kepala sarat memikirkan urusan yang diamanahkan di USIM, segala dokumen penting hilang.
Kad pengenalan, lesen memandu, beberapa keping not-not duit, termasuk helaian-helaian kertas yang dikira penting, semuanya lesap!
tinggal sehelai sepinggang, kuatkan semangat teruskan hidup demi mereka yang mahu berjuang di medan perdebatan.
hari-hari di USIM memang sangat menguji kesabaran. tiada siapa tahu beg yang digalas itu sebenarnya kosong, hanya ada sketch book di atas dan sebatang pen. moto hidup : 'pandai-pandai lah kau hidup! setelkan amanah yang Dia bagi.'
tanpa sedar, bila letak sahaja kepala di atas bantal, tak mampu nak tahan air mata!
ditambah dengan keadaan kedua orang tua di rumah. hanya mampu berdoa dari jauh, lindungi mereka ya Allah..
dan episod ujian semakin bertambah dari hari ke hari.
untuk kamu (baca : saya) yang sedang diuji,
bila kamu rasa kamu dah cukup kuat dengan iman yang kamu ada, kamu sebenarnya silap.
makin kamu rasa iman kamu dah mantap, makin Dia nak tunjuk yang sebenarnya untuk memiliki satu iman yang betul-betul teguh, tak semudah yang disangka.
kalau zaman Rasulullah s.a.w. dulu, para sahabat tempuh macam-macam dugaan (dicampak dalam air mendidih, diugut bunuh dsb) hanya semata-mata mereka berkata mereka beriman, Tuhan mereka Allah,
kenapa kamu yang baru diuji dengan kehilangan harta yang ciput, orang tersayang yang jaminan nyawanya di tangan Dia, gagal dalam exam, atau apa-apa ujian tak mampu nak tempuh semua tu?
kenapa kamu yang baru diuji dengan kehilangan harta yang ciput, orang tersayang yang jaminan nyawanya di tangan Dia, gagal dalam exam, atau apa-apa ujian tak mampu nak tempuh semua tu?
sedangkan kamu tahu, ujian kamu dengan ujian para sahabat tu, bagai langit dengan bumi. tapi kenapa kamu yang mengeluh berlebih-lebihan berbanding dengan mereka?
positiflah, Allah sedang beri peluang, untuk kamu baiki hati, bina balik keyakinan yang mantap terhadap keesaan Dia.
positiflah, Allah sedang beri peluang, untuk kamu baiki hati, bina balik keyakinan yang mantap terhadap keesaan Dia.
Allah sedang beritahu kamu, semua ujian ini untuk kebaikan iman kamu.
sweet kan Allah? :)
siapa kata ujian ni dugaan? ini cabaran. semua hasil dari ujian tu, adalah datang dari usaha kita, yang sungguh-sungguh meng'explore' hikmah ujian ini.
sungguh-sungguh untuk kembali positif. kan? ^^
jadi, apa lembik-lembik ni? bangun laaaaaaaaa! Allah suka mukmin yang kuat. GO!
(oh ya, ayat-ayat kat atas untuk diri penulis. abaikan kalau macam entah pape huhu)
| 4th round :) |
mula meletakkan pen tanda tamat menjawab subjek Quran Sunnah pada jam 4.30 petang 16 Disember 2010.
dan mula bekerja sebagai seorang penganggur terhormat sejak 17 Disember 2010.
17 Julai 2011 nanti, bakal mendaftar di Universiti Kuala Lumpur. ya, cukup 7 bulan aku goyang kaki di rumah!
aku tahu suasana yang bakal aku tempuh nanti, tak sama dengan suasana biasa yang aku lalui di Hamidiah. memang tak sama!
tapi beringatlah, kawan yang baik itu sangat penting. untuk sesiapa sahaja yang sedang membaca (untuk diri aku jugak), ke mana saja pergi, carilah seorang kawan yang baik, yang mampu tegur silap kita, mampu guide kita dalam nak tempuh hidup (sebenarnya sebaik-baik kawan ialah al-Quran tapi dalam konteks manusia, carilah yang betul-betul baik)
sungguh, dalam doa aku sekarang,
aku doakan kalian semua dan diri aku tidak terpesong. tak menjadi fitnah dunia, tak menjadi seseorang yang semakin gemar dengan hiburan.
jaga diri!
nota 1) rasa macam title kat atas tu takde kena mengena pulak. ades
nota 2) rasa macam tak nak pergi Jordan bila sedar diri sendiri makin tak boleh berjauhan, makin cepat lemah. ok, ini tanda kena kuat!
nota 3) tapi serius tiba-tiba berbolak balik pasal Jordan. Masya-Allah, jangan bolak-balikkan hati aku ya Allah.. T.T
sebab memilih luar negara, bukan sebab mahu berseronok, bukan juga mahu menunjuk.
tapi sebab mahu merasa sendiri izzahnya Islam, mahu duduk dalam kelompok komuniti antarabangsa yang masyarakat Islamnya berbilang bangsa.
mahu benar-benar berdikari dan berjalan atas bumi Tuhan, supaya lebih kenal siapa Dia.
berjalan, bermusafirlah :)
nota 1) rasa macam title kat atas tu takde kena mengena pulak. ades
nota 2) rasa macam tak nak pergi Jordan bila sedar diri sendiri makin tak boleh berjauhan, makin cepat lemah. ok, ini tanda kena kuat!
nota 3) tapi serius tiba-tiba berbolak balik pasal Jordan. Masya-Allah, jangan bolak-balikkan hati aku ya Allah.. T.T
wassalam
1 comments:
assalamu'alaikum kak thoba. kaifa haluki. rindu akk sgt2 kerana-Nya. rasa nk nangis je bce post akk ni. rasa bersalah sgt2 sbb byk sgt susahkan akk. tp satu pesan akk yg saya x kan lupa smpi bila dlm post tu..:
"debat tak ajar aku bergaduh,
debat tak ajar aku bertengkar,
debat tak ajar aku jadi seorang yang ego,
debat tak ajar aku macam mana nak tingkas kata-kata lawan dengan emosional
tapi debat ajar aku, macam mana nak sampaikan sesuatu bersesuaian dengan keadaan pihak lawan,
debat ajar aku macam mana nak betul-betul sabar"... jazakillah khairan kathira. uhibbuki fillah...<3
Post a Comment