Tuesday, July 12, 2011

7 bulan


7 bulan

terlalu banyak perkara yang berlaku. bermula dengan awal Januari, awal Februari, akhir Mac, awal April, sepanjang Mei dan Jun, sekarang.. sudah mencecah Julai.



kalau dilihat pada semangat mereka pada awalnya, lembik dan langsung tidak bersemangat.

'apa matlamat awak untuk SPM akhir tahun ni?' soalan simple. tapi tiada satu jawapan. kepala tunduk, mata pandang ke lantai.
aku mula pelik. takkan tiada matlamat? sudah bulan 7 ni..parah!
'tiada matlamat?' kepala digelengkan. haish budak-budak ni, dalam mulut ada emas agaknya.

'nak 11A atau tak?' pancing. semua kepala dianggukkan.
'jawapannya mahu atau tak?' paksa bersuara. jawapan mahu sekadar berbasa-basi. aku mula tak senang duduk. peranan mulut yang banyak cakap dan cerita harus dikeluarkan.

6 jam bersama mereka, banyak perubahan yang buat aku senyum lebar sampai telinga. semangat mereka berkumpul, bersatu jadi kental.
sebelum balik, 'doakan SPM kami kak!' suara yang susah nak dengar pada awalnya, sekarang sudah susah mahu disuruh senyap :D

'ingat apa pesan tak?' re-call semula.
'4 bulan je lagi, bertahan!! belajar sungguh-sungguh, betulkan niat. lepas tu kami akan goyang kaki macam akak!' haha. muka semangat. tersenyum puas. very good adik-adik! :)

2 orang ni paling susah nak bersuara. bila akhirnya, ayat 'doakan kami kak!' tak henti-henti keluar :)



aku perlu berterima kasih pada budak kecik aktif di atas kerana telah berjaya mendedahkan kepada aku kerjaya sebenar seorang ibu.
dan berjaya membentuk sifat sabar yang selama ini aku memang bukan seorang yang penyabar! menjaga dia selama beberapa bulan, memang bukan tugas yang mudah (aku terbayang Umi jaga kami sepanjang masa, lagi la bukan tugas yang mudah)

kadang-kadang, budak kecik ini buat aku rasa serik, rasa 'tak nak kahwin, tak nak dapat anak!' bila dia mula menabur bedak ke seluruh lantai rumah, mula mengganggu waktu tidur aku, mula menangis mahukan sesuatu, mula membuat perangai degil tidak mahu masuk tidur sedangkan mata dah tak larat nak diangkat semata-mata mahu bermain dengan kucing, dan macam-macam lagi kerenah peliknya.
belum ditambah dengan keadaan perlu bangun jam 2 pagi semata-mata mahu tukar pampersnya, buat susunya dan pastikan dia tidur dalam keadaan yang lena.
memang buat aku sungguh serik.

tapi sampai satu masa, naluri seakan terusik bila melihat senyuman, keletah yang memang priceless!
bila sampai tahap hati dah jatuh cinta dengan si kecil ni, mula aku bertindak mencari sesuatu yang baik untuknya.
hasilnya, aku terdedah dengan dunia seorang ibu yang sungguh pelbagai warna dan yang pasti, sangat menarik.
kesimpulan yang aku boleh buat, ibu zaman moden ini perlu cerdik, multi-tasking dan punya kesabaran yang tinggi.

walaupun masih terlalu awal untuk aku terdedah dengan semua ni, tapi ilmu cloth diapers, breast feeding, EBF, organic food dan segala macam ilmu dah ada dalam tangan. wah wah wah, ini memang terlebih maju ke depan!! :D

===

7 bulan, jika dilihat dari kaca mata orang lain aku mungkin telah membuang masa, sebab aku tiada langsung pengalaman bekerja.
tapi dengan 7 bulan yang telah aku lalui, segala macam pengalaman yang orang lain nampak atau tidak, aku rasakan 7 bulan ini sudah benar-benar mematangkan aku,
sudah benar-benar membuatkan mata aku terbuka luas, nampak isi dunia walaupun belum sepenuhnya.

Alhamdulillah ya Allah untuk 7 bulan yang menarik, 7 bulan yang diberikan untuk aku masih bernafas,
Alhamdulillah :)

dan yang ini memang memikat jiwa! Cik Iman, kita jumpa lagi ya :D
 
Ahad ini, mula mendaftar sebagai seorang pelajar,
dan mula menjadi seorang penduduk Bangi. bersiap mental dan fizikal sebelum melangkah ke peringkat yang lebih tinggi, dan ke negara yang lebih jauh.

aku tahu satu masa nanti aku akan rindu dengan semua orang yang akan aku tinggalkan,
maka mari cipta kenangan yang indah-indah belaka, supaya nanti bila sudah jauh, aku tak menyesal dengan apa yang tak sempat aku buat.
supaya nanti bila dah takde depan mata, aku takkan rindu dengan lebih teruk. huuu (dah mula nak melankolik)

p/s : mintak maaf kalau tulisan sepanjang 7 bulan tak berapa nak berilmiah sangat. dan minta maaf kalau pengunjung berharap pada sesuatu yang berguna tapi hasilnya menghampakan.

sekian, wassalam.



0 comments: