dalam hidup ni, sama ada sedar atau tidak, kita cuma ada 2 pilihan. ya, 2 pilihan je..
sama ada untuk hidup dalam redha Dia, atau dalam murka Dia. sama ada untuk terus mengumpul dosa, atau pahala.
kita yang akan tentukan nanti kita nak jadikan kubur-kubur kita nanti,
salah satu daripada taman-taman syurga, atau salah satu daripada lubang-lubang neraka.
Kita juga memilih nanti, sama ada untuk berada di bawah bayangan arasy
Allah atau berada dalam kepanasan matahari yang sejengkal dari kepala.
Dan kita juga yang memilih sama ada ingin ke syurga atau ke neraka.
Tiada
istilah 'atas pagar'. Kalau kita memilih redha Allah maka kena tinggal
apa yang Allah murka kerana Allah tidak berkompromi - menyembahNya tapi
dalam masa yang sama mensyirikkanNya.
Hidup kita mudah sebenarnya, sebab kita cuma ada dua pilihan sahaja. Tapi, kitalah yang sengaja menyukarkan pilihan yang mudah.
nah, aku tinggalkan dengan 1 video, untuk kita sama-sama berfikir.
0 comments:
Post a Comment