Thursday, July 14, 2011

:: empat tempat bacaan unik dalam Al-Quran ::

semuanya di copy-pasted dari sini :) 

Assalamualaikum wbt.



Hari ni dah baca Al-Quran ke belum? Kalau sudah bagus sangat, kalau belum, tinggalkan lah sebentar dunia dan berilah sedikit masa kita untuk mendekatkan diri dengan Allah. Bukan kena baca satu juz dalam satu masa, ikut kemampuan.


Ok lah kita ni manusia banyak lagi yang tak tahu dari tahu macam gua ni haa. Di dalam al-Quran ada 4 tempat bacaan yang unik sedikit berbanding bacaan biasa. Alhamdulillah, ilmu yang amat berguna ni di perolehi dari sini (Thanks!). Jom kita cek apa bacaan yang selama ni kita sedar ke tak betul salahnya. Jangan main langgar je.





1) Surah Huud ayat 41

Cara bacaan yang betul ialah maj + rare (British pronunciation) + haa

Bukannya maj + roo + haa

ataupun maj + ray + haa

Kaedah bacaan ini dipanggil Al-Imalah (الإمالة)

Rujuk link:

http://www.youtube.com/watch?v=jiaiF5LyayA
(minit ke 0:40)

************


2) Surah Yusuf ayat 11

Asal perkataan tersebut ialah 'tak-ma-nu-na', yang bermaksud, "Tidak percayakan kami."

Tetapi telah digabungkan kedua-dua nun itu menjadi satu nun sahaja yang bersabdu.

Sebab itulah ketika membaca, kita perlu memuncungkan bibir sewaktunun sabdu (macam nak cium orang), seolah-olah kita nak sebut 'tak-ma-nu-na' tetapi 'nu' itu tak disebut. Ia digantikan dengan muncung.

Maka jadilah Laa Tak-man(muncung)na

Dari segi bacaan tiada beza. Cuma perlu buat isyarat mulut muncung tu.

Kaedah ini dipanggil Al-Isymam الإشمام

**********



3) Surah Fussilat ayat 44

Di atas huruf alif, ada satu simbol bulat hitam (tiada lubang). Anda hanya boleh jumpa simbol ini di tempat ini sahaja.

Asal perkataan ini ialah a-a'-ja-miy.

Hamzah pertama bermaksud 'adakah'.

Hamzah (alif) kedua pula ialah sebahagian daripada perkataan Arab:A'jamiy - yang bermaksud 'orang bukan Arab'.

Cara bacaannya ialah dengan meringankan bacaan hamzah (alif) kedua. Seolah-olah digabung dengan hamzah pertama. Bukannya dibaca kedua-dua hamzah itu sama jelas seperti a+a'jamiyy,

tetapi lebih kepada
Aaa'jamiyyuw wa 'arabiyy

Seolah-olah hamzah dibaca dua harakat sebelum dimatikan dengan 'ain.

Rujuk link:

http://www.youtube.com/watch?v=yNnWJIcSbO0
(minit ke 4:40)

**********



4) Surah al-Ahqaaf ayat 4

Menurut kaedah secara general, hamzah wasal (alif yang di atasnya ada huruf saad kecik) perlulah dibunyikan mengikut baris huruf ketiga.

Jika huruf ketiga berbaris depan, maka alif itu pun berbaris depan.
Jika huruf ketiga berbaris bawah, maka alif itu pun berbaris bawah.

Cuma jika huruf ketiga berbaris atas, lain sikit. Alif tak jadi baris atasjuga, tapi dibaca dengan baris bawah.

Tapi dalam surah Al-Ahqaaf ini, huruf ketiga berbaris depan. Maka kalau nak ikutkan kaedah, sepatutnya alif tu kena baca baris depan la kan?

Tapi kat sini pelik sikit.

Kita kena baca:

ii-tuu-nii

Bukannya

Uk-tuu-nii

http://www.youtube.com/watch?v=dRY70ogCj6A
(minit ke 0:53)
===

 teringat bila mengajar budak-budak mengaji dulu, tempat inilah yang paling susah untuk mereka baca sebenarnya
dan mereka konfius kenapa bacaan dia macam ni? huu nak terangkan tu pun taktau macam mana.

aku yakin ada antara kita pun yang masih lagi taktau macam mana nak baca sebenarnya,
nak tanya kawan segan, nak tanya ustazah malu-malu kucing
tapi malu bertanya sesat jalan! benda penting macam ni jangan dibuat salah

(aku pun pernah salah baca huu)

0 comments: