salam warahmatullah :) Alhamdulillah masih diberi peluang untuk bernafas dan memanfaatkan hidup dengan sebaiknya. Alhamdulillah..
1. Hari pertama mendaftar, puas kepala ligat berfikir macam mana aku nak cakap dekat pihak atasan yang baju orientasi ni pendek, agak ketat dan aku tak selesa nak pakai. lagi-lagi bila permintaan aku mahukan saiz XL ditolak tapi diberi saiz L. Runsing jadinya. Orang lain pakai dengan handsocks, tapi untuk aku, sungguh aku tak selesa nak berpakaian begitu. Puas berfikir, aku perlu bercakap dengan mereka, tapi bukan menggunakan mulut, tapi menggunakan perbuatan.
Dengan bantuan dia, aku berjaya. Walaupun pada mulanya dipandang macam alien dari atas ke bawah, aku bersyukur ada kawan-kawan lain yang turut menggunakan pendekatan yang sama. Dan terima kasih untuk pihak atasan yang sememangnya baik hati, faham isi hati kami :)
2. Balik dari program tersebut, masuk ke bilik, kunci dan cepat capai telefon. Telefon dia dan menangis semahunya. Tak dapat tahan apa yang ada dalam hati. Selemah-lemah iman adalah dengan membenci sesuatu kemungkaran. Dan terbukti, iman aku cukup lemah. Aku hanya mampu membenci. Semua yang terbuku diluahkan semahunya kepada dia. Terasa senak dada, tak tahu macam mana mahu beritahu yang perkara tersebut memalukan, dan salah di sisi Islam.
Tapi bila habis program, aku mula pandang dari sudut yang positif. Perkara yang dilakukan masih lagi salah, tapi pengajaran yang aku dapat, kalau mahu menghukum seseorang, janganlah sampai memalukan dia. Cukup sekadar memberi pengajaran yang berkesan. Islam sendiri gariskan pendekatan yang berhemah. Baru nampak yang Islam ni betul-betul indah dan profesional.
3. Disebabkan tak pernah duduk asrama, hari pertama dah buat aku homesick. Bilik aku tiada kipas, tiada lampu, tiada almari, tiada meja study.. Memang buat aku rasa aku nak balik! Aku rasa aku kena lebih cekal. Dan sungguh, keadaan U yang sangat dekat dengan rumah buat aku lagi meronta-ronta nak balik, jenguk budak kecik tu dekat rumah.. Keadaan hostel yang dekat jugak buat rasa macam nak balik, nak makan dekat rumah, nak tidur dekat rumah, nak basuh baju dekat rumah. Cekal, cekal, cekal!
4. Dah beberapa hari suara macam Ella.
5. Alhamdulillah, kawan-kawan 1 batch semua sporting dan terbaik. Insya-Allah mampu nak get along dengan diorang semua. Kami di sini dikenali sebagai 'budak JUST'. memang senang nak kenal kami, sebab jumlah kami sangat sedikit.
Bila dengar cerita senior pasal stadi, rasa bersemangat, eksaited, takut, kecut perut.. semuanya bercampur baur.. lagi-lagi bila batch kami adalah batch pertama yang ditetapkan syarat oleh MARA : perlu lepas 3.5 pointer baru boleh fly.. Lagi la takut!! Tapi, kalau senior boleh buat, kitorang pun mesti boleeeehhhhh! :)
![]() |
| masing-masing muka baru bangun tidur. abaikan name tag besar gedabak tu. |
6. Gambar di atas : Baru selesai English Placement Test. Jam 9.15 pagi mula menjawab, jam 10 pagi aku dah letak kepala atas meja. Taktau kenapa, mata langsung tak boleh bukak. Aku tak tahu apa jadi dengan jawapan-jawapan aku dalam test paper tersebut. Sama ada aku betul-betul jawab, atau pun aku main bulat-bulat je jawapan. Huhu!
7. Kelas aku ramai budak dari Utara. Mai mai, kita cakap utagha! :D
Wassalam :)


0 comments:
Post a Comment