Ramadhan dah sampai ke penghujung. Memang terasa sangat Ramadhan dah nak pergi, kali ni.
Terasa sangat yang selepas ni, aku sendiri tak tahu sama ada dapat bertemu dengan Ramadhan atau tak
Terasa sangat yang kalau lah ini Ramadhan terakhir aku.. Allahhh...
Allah bagi 1 bulan, untuk kita bersihkan jiwa kita dari karat-karat yang kita gain sepanjang 11 bulan yang lepas.
Allah bagi 1 bulan, untuk kita betul-betul bersihkan jiwa, dapatkan keampunan dan kejar syurga Dia.
Allah bagi 1 bulan, untuk kita betul-betul kenal diri kita, dan sungguh-sungguh ubah segala keburukan diri kita.
Allah dah bagi kita peluang.. tapi kalau kita tak bagi peluang kat diri sendiri untuk buat semua tu,
nampak sangat kita ni bukan manusia yang bersyukur kan? Apa lagi yang kita nak, bila Allah dah bagi kita macam-macam?
Ramadhan kali ni, bermakna.. bermakna untuk pembentukan diri.. bermakna untuk kembali bangkitkan diri..
dan ya, rasa macam nak merayu, janganlah pergi wahai Ramadhan T.T
if this is my last Ramadhan... *sigh*
===
===
Eid fitri, Kullu 'am wentum bikheir enshaallah. Taqabalallahu minna wa minkum.
Sungguh, moga Ramadhan dapat bawak seribu satu kebaikan untuk kita kali ini, dapat jadi starting point untuk kita berubah, kepada yang lebih baik. Ameen
0 comments:
Post a Comment