Friday, September 16, 2011

Aku buat dosa, tapi aku pandai~!


Aku buat dosa, tapi aku pandai. Aku keluar masuk kelab malam setiap hari, air kencing syaitan dah jadi air fevret aku, perempuan lelaki aku peluk ikut suka hati, halal haram aku pakai langgar je.

tapi, aku still pandai. So apa masalah kau nak ubah diri aku jadi yang lebih baik? Aku dah pandai ni kira ok laaa. Aku boleh skor dalam kelas, SPM aku straight A's, aku dapat fly pergi negara orang
yang kau sibuk-sibuk nak jaga tepi kain aku ni kenapa?
Asalkan aku pandai, mak ayah aku pun tak kisah aku nak buat apa.. Sebab diorang tahu aku memang pandai, aku mampu nak berjaya..
So, why bother?

+++
Aku jaga aurat, aku jaga solat, aku tak pernah lawan cakap mak ayah aku. Semua yang Allah suruh, aku buat. Semua yang Allah larang, aku tinggal. Senang kata, aku dalam usaha jadi hamba yang baik. Dalam kelas, aku pay attention, tuisyen aku pergi, usrah aku tak pernah miss, tadarus al-Quran aku hari-hari malah aku dalam usaha nak hafal al-Quran..

tapi, aku tak pandai-pandai. Aku tetap yang tercorot. Aku tetap yang terbodoh. Aku tetap kena gelak dengan kawan aku yang buat dosa menggunung, tapi dia pandai nak mampus!

Allah tak sayang aku ke? Tak cukup lagi ke semua yang aku dah buat ni? Allah nak apa lagi dari aku??


...."Ketahuilah ilmu itu cahaya dan cahaya Allah itu tidak diberikan kepada orang yang melakukan maksiat" ~ kata Imam Syafie.

Salam warahmatullah

Ilmu itu cahaya. Al-'ilmu nuurun.

Kita selalu pelik, selalu fikir, kenapa orang yang stadi gila-gila, stay up sampai pukul 5-6 pagi tapi pergantungan dia kat Allah sangat-sangat kurang, nak pass exam senang je kan? Flying colours lagi tuuuu~

Kita selalu pelik, selalu fikir, macam mana anak-anak Cina (dalam konteks komuniti Malaysia) tu boleh pandaiiii. dan ramai lah mak ayah yang nak hantar anak pergi sekolah Cina. supaya besar nanti, anak boleh jadi macam Cina, otak geliga~

Kita selalu fikir, kenapa orang kafir tu, belajar senang je nak masuk. Nak jadi top students pun senang je.

Kita selalu merungut, kenapa kita yang pakai tudung labuh, tutup dari hujung rambut sampai hujung kaki, solat tak pernah tinggal, malam tahajjud siang puasa ni, susah betul nak skor. Bila stadi senang, bila dalam exam, menggelupur!

Kita selalu fikir..

Kan?

Baik.. Pernah ke kita terfikir dan terlintas dalam hati, untuk re-check balik niat kita? Sebab apa kita belajar? Sebab apa kita stay up sampai pukul 3-4 pagi tu? Sebab apa kita asyik mengadap buku 24 jam? Sebab apa kita nak jadi top student? Sebab apa kita nak fly pergi oversea?

Sebab apa yehhhh?

Tepat sekali.. Allah! Ya, sebab Tuhan Agung kita, Tuhan Rabb langit dan bumi kita.
memang sebab Dia. bila kita dah niatkan semua tu untuk Dia, insya-Allah segala usaha akan jadi ibadah, akan jadi lebih mudah.
Bila kita rasa macam nak jatuh sikit, cepat-cepat bangun sebab kita tahu, kita dah niatkan semua untuk Dia, mana boleh lembik-lembik! Perjuangan untuk agama Allah, bukan untuk orang yang lembik. Kan? :)


'Tapi niat aku dah betul, aku dah tetap dalam jalan Dia. Kenapa Allah tak bantu aku jugak?'

Ok ok baik, kita consider diri kita sekarang ni, memang betul-betul nak berjihad fi sabilillah. Allah cakap dalam Al-Quran, Allah takkan bebankan hamba Dia dengan benda-benda yang hamba Dia tak mampu.
Dia tahu kita boleh hadapi kegagalan, Dia bagi kita hadapi.
Dia tahu kita boleh hadapi markah 20% dalam kelas, Dia bagi kita hadapi.
Dia tahu kita boleh hadapi semua tohmahan budak-budak pandai, dia bagi kita hadapi dulu..

Sebelum Dia datang, beri cahaya, beri kejayaan yang jauh lebih manis dari semua kegagalan. Dan yang pasti, kejayaan tu rasa dia laaaaaaagi manis dari benda lain, sebab sebelum-sebelum tu kita dah lalui kegagalan, benda yang mematangkan kita, menjadikan kita lebih bersyukur.

kan? :)

'Allah takkan tarik nikmat hamba-Nya, melainkan Dia akan gantikan dengan yang lebih baik' [Hadith] (Subhanallah, lupa siapa yang riwayatkan lagi! --')

Allah tarik 10 markah dari ujian Biology, Allah nak ganti dengan 40 markah dalam ujian Chemistry.
Allah tarik 50 markah dari ujian Akaun, Allah nak ganti dengan 100% dalam ujian Add Maths.
Allah tarik 5A dalam percubaan, Allah yang bagi straight A's dalam SPM sebenar.
Allah tarik keputusan Mid Sem berapa percent, Allah nak bagi 4.0 flat dalam exam Final Sem.

Haaaaa, percaya je, yakin je, Allah nak ganti dengan yang leeeeeeeebih baik! ^^


'Tapi orang kafir tu, takde niat pape pun, boleh jeeee nak skor?'


Pernah dengar perkataan Istidraj? mesti pernah dengar dalam kelas Pendidikan Islam, PQS atau PSI kan? (melainkan korang syahid dengan muka atas buku waktu ustaz atau ustazah tengah mengajar di depan huhu)

apa maksud dia?

ya, Allah bagi nikmat kat seseorang hamba, dengan tujuan nak sesatkan dia lagi. cuba tengok kawan kita yang pakai seksi & free hair kat sana tu, dia pandai, tapi makin hari makin rosak.
cuba tengok kawan kita yang percaya Jesus tu Allah, makin kufur tak walaupun otak dia geliga gila?

Haaaa, itu laa istidraj~!

Ok, jom kita kenal dulu dengan maksud istidraj ni.
Istidrajahu = menipu ia / merendah-rendahkan ia.
Istidrajullah al-'abda (Allah menIstidrajkan hambaNya) = setiap kali hambaNya membuat/ menambah/ membaharui kesalahan yang baru maka setiap kali itu juga Allah akan membuat/ menambah/ membaharui nikmatNya ke atas hambaNya itu. Dan setiap itu juga Allah membuatkan hambaNya itu lupa untuk memohon ampun atas dosa yang dilakukan terhadapnya dan setiap itu juga Allah akan mengambilnya sedikit demi sedikit(ansur-ansur) dan Allah tidak mengambilnya dengan cara yang mengejut!

dapat tangkap maksudnya? Kita tengok dulu surah al-A'raf ayat 182 mafhumnya : "Orang2 yang mendustakan ayat-ayat Kami(Allah), nanti akan Kami { binasakan mereka itu dengan beransur-ansur } sedang mereka tidak tahu."

baik, ayat yang berwarna merah kat atas tu, tu laaa yang sebenarnya maksud istidraj. Allah tahu hamba Dia tu tak beriman kepada Dia, Allah hukum dengan cara beri nikmat banyak-banyak, untuk buat hamba Dia jauh lebih sesat dari Dia!
di sini bukan bermaksud Allah kejam, tapi ini sebagai balasan bagi hamba yang tidak bersyukur, dan tidak ingat Dia. kita sebagai hamba yang beriman, dan dalam usaha untuk menambah keimanan, insya-Allah dijauhkan dari istidraj ni.

Jadi, macam mana Allah nak uji hamba Dia yang beriman tu? Nak tengok kuat betul ke iman, mengadu pada Dia tak setiap kali ada masalah, ingat Dia ke tak?

Caranya, Allah bagi ujian. Ujian dalam bentuk lain, bukan istidraj! So, yang kita susah sangat nak skor semua tu, salah satu bentuk ujian Allah. Yang penting, bila kita nak handle, kena lah handle with care, ujian tu jadikan sebagai medan untuk kita gain seberapa banyak redha Dia.

jangan bandingkan ujian kita dengan orang lain. Lain orang, lain cara diuji. Allah tahu hamba Dia macam mana, Dia bagi sesuai dengan kita :)

===
Jangan pernah mengalah nak gain seberapa banyak pahala Dia,
jangan pernah jatuh menangis menyesal putus asa, nak dapat redha Dia.

hidup kita ni, segala perbuatan kita, segala apa yang kita niatkan, dan buat, biarlah jadi satu ibadah.
Susah atau mudah, Allah ada rahsia tersendiri kenapa Dia susahkan untuk kita, tapi mudahkan untuk orang lain.
Rahsia Allah~ ^^

p/s : lepas ni dah boleh senyum lebar, bila tengok diri sendiri dapat markah rendah, tapi kawan yang tersesat dari jalan Allah tu dapat markah tinggi. Senyum sikit,ok? Teruskan usaha, Allah pandang usaha, tak pandang hasil. Hasil tu bonus je :D Usaha untuk dunia dan Akhirat, biar balance :)

nota kaki : Selamat menghadapi markah exam, classmates! 

Wassalam 


7 comments:

mawaddah said...

Assalamu'alaikum, seronok baca tulisan awak, :) tentang perbandingan oorang kafir yang selalu top dan orang islam yang tak se top dengan mereka. *tapi, skarang, ramai lah melayu yang top2. lebih top dari cina :)*

Saya pun nak beri pendapat saya juag. saya rasa, ini berlaku kerana keadilan Allah. orang kafir tu pandai sebab dia usaha dan sebab itu dia dapat top. kalau dia (cina) tak usaha, dia tetap tak akan top in class juga. sama juga dengan orang islam, kalau dia belajar, tahu teknik belajar dengan betul dan usaha, dia berjaya. tapi, kalau tak, jadi sebaliknya.

Allah ada sebut, Allah tak akan ubah nasib sesuatu kaum tapi merekalah yang mengubahnya sendiri. kita boleh aplikasikan dalam konteks cina dan islam tadi. mungkin, permpuan tiu, walaupun dia taat beragama, tapi, usaha dia tak berapa nak betul, mungkin sebab itu dia tak dapat top. tak semestinya semua cina top. ini kerana usaha.

dan Allah tidak zalim. kalau kita, or perempuan yang taat beragama tu belajar dengan betul, mestilah Allah beri dia kejayaan. Allah kan adil dan tak zalim kat hambanya.
lagipun, dunia ni kan syurga bagi orang kafir, jadi, Allah adil, disebabkan orang cina tu usaha, Allah beri dia kejayaan.

*panjang lebar explain. hee* Ok, itu saje. terima kasih ye sebab sudi baca sampai akhir. hehe :)

thaiyibah said...

Salam Mawaddah, terima kasih sebab singgah! & terima kasih sebab bg komen yg menarik, jgn risau, sy baca sampai habis hehe

Yep, memang sgt3 setuju dengan awak, Allah takkan ubah nasib sesuatu kaum, klu dia sendiri tak ubah nasib dia. n setuju dgn awak jugak yang sape usaha, dia dapat.

tapi tulisan kat sini, nak tuju kat diri sendiri / sape2 yg terasa, yg dia dah usaha gile2, tapi stil lagi sama. maknanya,belum sampai lagi kejayaannya, diuji dgn cara begitu.

dapat tak point dia? hehe. klu tak dapat tu maknanya sy olah dalam ayat berbelit2 la tuuu :D

Nextyme kita bincang surah Ar-Ra'ad tu eh ;)

MERAH said...

Salam, post yg sgt bersemangat, kita sbg orang Islam, ni semua sebenarnya ujian dan hanya insan yg Allah syg di bebani ujian supaya kita sentiasa dekat denganNya.sentiasa ingat Allah bila kita susah dan letakkan kepercayaan sepenuhnya kpd Nya, insyaAllah kita takkan mudah ptus asa :D

nusrah said...

Assalamualaikum. pertama kali jejak kaki di sini .. ;)

yes, strongly agree. kadang2 kita terlupa nak berusaha, kita berdoa sahaja dan konsep itu 100% salah. ALLAH itu kan maha adil. Orang kafir itu juga bertungkus lumus berusaha. Orang Islam sahaja yg selalunya malas. Sebb itu natijah mereka lebih baik daripada kita.

oh, ya! Salam taaruf ;) ;)

Marhamah said...

i like ur post!
siyes rse terkena gile!!

thaiyibah said...

Salam Merah, Nusrah & Marhamah,
yep, setuju sangat. usaha & doa tu, kedua2nya kena bersungguh2 kan? :)

Salam Taaruf jugak :D

Anonymous said...

saya rasa post nie melampau lah kot walaupun saya tak baca habis