Kita dapat tarbiyah, kita pergi usrah setiap minggu.
kita kena ketuk dengan macam-macam ayat Allah, kita kena tumbuk dengan macam-macam analogi.
kita tahu yang tinggal solat tu dosa besar, kita tahu kalau kita mencuri, hukum dia ada ditetapkan dalam al-Quran.
kita tahu yang kalau kita bergaul bebas, akan lead to maksiat, free sex, hati tak jaga etc.
kita jugak tahu yang kita sentiasa kena berbuat baik, dalam masa yang sama kena jaga aurat kita.
kan?
kita duduk lutut bertemu lutut. kita mampu keluarkan hujah & idea yang bernas tentang ilmu agama Dia
kita jugak tahu yang keperluan menjaga hati itu, teramatlah penting!
tapi kenapa bila kita dah keluar dari tarbiyah,
kita tiada usrah, kita tak dikelilingi dengan kawan-kawan yang mampu ingatkan kita semula apa itu agama Dia,
kita pun naik tanduk.
kenapa eh?
contoh yang terdekat,
kita dapat pendidikan di sekolah agama. Sudah tentu subjek dan suasananya, menggambarkan agama kita.
tudung labuh, aurat terjaga, tangga asing lelaki dan perempuan, malah nak bercakap antara lelaki dan perempuan pun, kena berdiri paling kurang semeter jauh!
di tengah jalan beri salam, bertemu berpisah salam dan peluk,
bila berjumpa berpesan-pesan. kalau nak bergelak ketawa pun, dalam kelompok yang sama jenis sahaja.
tapi bila kita dah tamat dapat pendidikan dekat sekolah agama,
kita bertukar 360 darjah. dah takde tudung labuh, dah takde kata-kata yang sopan,
dah hilang ayat al-Quran yang dihafal. dah taktau mana pergi solat awal waktu, tilawah setiap kali lepas solat.
dah tak kenal haram halal, bersentuh lelaki perempuan sesuka hati. pergaulan pun dah taktau limit.
sedangkan kita dapat tarbiyah. sedangkan kita dibentuk dan dapat pendidikan tarbiyah tu, selama bertahun-tahun!
pakaian yang kita pakai sepanjang mendapat tarbiyah di sekolah tu, sekadar uniform sekolah saja ke?
bukan ke tudung yang perlu dilabuhkan, aurat yang perlu dijaga itu, kaki yang perli ditutup tu, uniform seorang Muslim? bermakna siapa sahaja yang mengaku dia Islam, uniform itulah yang perlu disarung ke badannya, sebagai salah satu bukti, dia Islam & dia beriman!
kita cek balik apa makna Iman yaa (selalu hafal dalam kelas Pendidikan Islam je. lepas exam, lupa. betul tak? huu)
Makna Iman : Membenarkan di dalam hati, mengaku dengan lidah, dan dibuktikan dengan perbuatan.
perkataan 'dibuktikan dengan perbuatan' itu di-highlight kan. kenapa?
Sebab tak ramai yang buat makna iman yang last sekali tu (termasuk penulis, ada jugak benda yang tertinggal. adeyh).
Kita marah kalau orang kata kita tak beriman, sedangkan kita orang Islam. kan? Marah tak?
Kita marah kalau orang tiba-tiba cakap 'kau ni iman tak sempurna!'
tapi sedar atau tidak, itu lah realiti sebenar. Kita Islam, tapi beriman kah kita?
kalau beriman, sudah tentu kita buktikan dengan perbuatan segala iman kita.
perbuatan kita, percakapan kita, adalah gambaran iman kita. kalau baik iman kita, maka baiklah. Kalau buruk, maka buruklah.
Jadi, kenapa perlu marah bila orang kata kita tidak beriman? Sedangkan orang di sekeliling kita merupakan salah seorang hakim terhadap iman kita.
bukan?
Okai,
berbalik kepada main point,
kita dah dapat tarbiyah, kita dah dapat macam-macam benda yang mampu buat kita kenal Dia.
tapi kenapa sampai satu masa, hilang semua tarbiyah yang kita dapat?
ya, betul. Iman itu, yaziid dan yanqus (bertambah dan berkurang). tapi untuk seseorang mukmin, dia akan sedar bila imannya berkurang, dan akan buat sesuatu dengan itu!
tapi untuk kita yang dah sampai satu masa hilang semua tarbiyah, tiada gambaran iman itu, bagaimana?
Sebab iman kita itu, taqlid. Ikut-ikutan semata-mata.
Kita tengok orang solat, kita pun solat.
Kita tengok orang zikir, kita pun zikir.
Pakwe suruh pakai tudung labuh sebab dia suka yang solehah, kita pun pakai.
Kita tengok macam best je kawan kita tu join usrah, kita pun join. Nanti boleh dilabelkan sebagai baik.
Tanpa kita tahu, kita takde kesedaran dan kefahaman yang mendalam langsung tentang apa yang kita buat, kita ikut.
Iman kita tu, taqlid semata-mata. Sebab ikut orang buat. bukan?
Nauzubillah~
Sekarang, jom re-check iman kita macam mana, JOM!
Sebab iman ni, basic dalam hidup kita. Kalau cun, so cun la hidup kita. Kalau tak cun, konfem buruk cara kita hadapi hidup di hari mendatang. bukan?
Kenapa zaman sekarang terlalu banyak kejahilan yang melanda, maksiat semua tu?
Sebab kefahaman tentang iman dan Islam itu kurang, itu punca jadi buruk hidup kita. kan?
So, AYUH! Seru diri sendiri, dan seru orang lain, untuk re-check iman. Paling kurang, sebanyak mana kita senangkan hati kedua ibu bapa kita hari ni? Sejauh mana kita berusaha untuk solat awal waktu hari ni.
Dan re-check iman kita, jangan sampai iman kita ni, taqlid, ikut orang. Mari bentuk hati kita, agar iman kita ni, ori, bukan cetak rompak. Get the point? ^^
Kalau betul kita Islam, kita percaya Dia dan hari Kiamat,
iman kita sepatutnya original :)
p/s : sedang berusaha ke arah mencari alternatif menjaga hati. Mohon doa! :)
Wassalam

2 comments:
aku suke style ko tulis. :))
really cracked my heart to pieces.xdelah,tu hiperbola je.tp mmg tulah situasi para daie muda yg menganggap mrk sudah 'beriman'.nauzubillahi min dzalik.
Post a Comment