Setiap orang, mesti ada turning point diorang sendiri. Setiap anda yang membaca, mesti ada 1 stage di mana, anda berubah menjadi ke arah yang lebih baik (kalau belum, jom sama-sama berusaha!) :)
Fitrah manusia, mesti mahukan kebaikan dalam hidup. Manusia mana yang tak nak kebaikan? Cuba cakap~
Ada orang, turning point dia bila menghadapi kematian orang yang tersayang.
Ada yang bila masalah datang bertimpa-timpa, ada jugak yang 1st time join usrah terus kena ketuk hati terus berubah jadi baik! (Alhamdulillah :))
tak kurang jugak ada yang bila dah putus cinta. Dan bermacam-macam lagi lah turning point kita. Pelbagai cerita dalam kisah turning point, tapi hadafnya satu --> berubah ke arah yang lebih baik ^^
kalau kita renung semula asal kejadian kita, kita ni datangnya hanya dari setitis air mani. air mani tu pulak, keluar dari tempat yang memalukan, bila sudah lengkap asal kejadian kita, siapa kita nak sombong, ego, bongkak dengan Tuhan sendiri?
dan kalau kita renung betul-betul, kita dijadikan sebab Tuhan, dan kita mati nanti akan dikembalikan kepada Tuhan. so kenapa perjalanan kehidupan kita dari mula lahir hingga mati, tiada langsung kena mengena dengan Tuhan? huuuu~
Hidup kita bukanlah sekadar menjadi seorang 'robot', yang tak jelas dengan matlamat hidup tu sendiri. Bangun, solat, makan, belajar, tidur, bangun semula dan lakukan aktiviti yang sama.
Kita tengok orang bercinta, kita pun mahu bercinta. Kita tengok orang buat itu, kita buat. Kita tengok orang buat ini, kita buat.
Hakikatnya tugas kita memang lebih dari semua tu, jaaaaauuhhhh lebih berat! Hinggakan kalau kita betul-betul rasa berat dan banyaknya tugas tu, kita rasa macam memang takde masa nak main-main dan bergelak ketawa! (Adeyh tumbuk diri sendiri)
***
turning point aku, bila kena tumbuk dengan ayat 'Solat tu mencegah kemungkaran. Kalau kau solat, tapi kau still buat jahat, kau rasa solat kau tu sempurna & Allah terima ke? Kalau mati tyme solat tak sempurna macam mana?'
ya Allah~~ Solat tu, dah la benda first yang akan ditanya. Allah~~ tak terbayang kalau diri sendiri tergagap-gagap depan Allah nanti. Allah~
===
Alhamdulillah, hari ni berjaya melengkapkan 1/9 daripada episod pelajar tahun pertama perubatan. Ya, baru 1/9. Ada banyaaaaak lagi. Insya-Allah, usaha + doa + positif ^^
ya, saya mahu jadi seorang anak yang baik, doktor Muslimah, isteri solehah & ibu mithali.
![]() |
| bakal doktor pun ada masa release tension :) |
Wassalam.


0 comments:
Post a Comment