Wednesday, October 19, 2011

Arab


Waktu isi borang UPU dulu, aku letak 2 pilihan saja. Perubatan (pergigian, farmasi, doktor perubatan) dan Bahasa Arab. Habis saja submit borang UPU, aku serah semua pada Dia.

'kalau perubatan baik untuk aku, maka dekatkanlah. kalau perubatan buruk bagi aku, maka jauhkanlah dan gantikanlah dengan yang lebih baik. Sesungguhnya Kau yang Maha Mengetahui'

tak putus-putus doa.

Allah jawab doa aku, dengan perubatan.

Waktu isi form MARA, beberapa kali aku tukar pilihan aku. Pada mulanya, Pergigian Timur Tengah. Kemudian Perubatan Timur Tengah dan seterusnya Perubatan (India, Ireland etc). Last sekali, Perubatan Timur Tengah.

bila orang tanya kenapa Timur Tengah, aku tiada jawapan yang khusus melainkan.. Bahasa Arab.
ya, sebab Bahasa Arab. bukan sebab pakar yang ada, bukan sebab ilmu perubatan itu sendiri, tapi sebab Bahasa Arab. pelik? ya, itulah sebabnya.
aku belajar Bahasa Arab dari darjah 1, hingga tingkatan 5. dengan debat yang aku masuk, dengan bahasa yang terlalu indah aku baca tiap-tiap hari tu, jadi jatuh cinta dengan bahasa itu sendiri.

Bahasa Inggeris kita boleh dapat dimana-mana, tapi Bahasa Arab?
bahasa syurga, bahasa surat cinta kita sendiri. 

dan bila orang tanya kenapa Bahasa Arab, aku takde jawapan yang khusus melainkan 'Inni Muslimah' --> sesungguhnya aku seorang Muslimah, penganut agama Islam. Maka, tanggungjawab untuk belajar dan faham Bahasa Arab itu, sudah tergalas di bahu sejak lahir lagi.
sebab solat aku dalam Bahasa Arab, doa-doa dalam aktiviti harian aku dalam Bahasa Arab, kitab aku dalam Bahasa Arab. Jadi ada sebab lagi untuk aku kata aku tak minat Arab dan tak nak belajar Arab? sedangkan itu tanggungjawab aku.. sedangkan aku tahu kalau aku tak belajar Bahasa Arab, aku akan jahil, aku akan tak tahu apa yang aku baca dalam solat, aku akan kurang hayati, aku akan kurang khusyuk, aku akan kurang pahala! huhu

Sungguh, cinta dalam Bahasa Arab sangat, sangat mendalam. dan sebab aku pilih Timur Tengah, adalah sebab bahasanya sendiri, penuh sastera.

p/s : esok exam Arab. Bittaufeeq wannajah!

0 comments: