bila pegang amanah jadi ketua perempuan untuk batch sendiri, pertama sekali aku sengih sorang-sorang.
'dah 18 tahun, nak jaga apa sangat. makan minum pandai cari, solat pakaian orang lain pun boleh tegur. Cuma boleh jadi ketua dalam bab-bab maklumat, & perantaraan dengan lelaki, jelah KOT' --> heh, ini yang ada dalam kepala aku.
23 puteri, bunga atau apa sahaja yang anda panggil untuk melambangkan yang kami ini perempuan, jumlah kami sikit. Senang je nak kenal bila duduk dalam kelompok 23 orang ni.
Yang ni suka warna putih,
yang ni tak suka warna oren.
Yang ni datang dari Kelantan, sangat suka makan nasi kerabu.
Yang ni minah Korea.
Yang ni dulu sekolah agama.
Yang ni bekas LDP MRSM sekian-sekian..
So, takde masalah la kan?
SILAP!
2 minggu lepas daftar masuk, perang secara dalaman berlaku. Aku tak pernah mintak perang ni berlaku, tapi aku tahu perang ni bakal berlaku. Ya, aku tahu.
Macam mana aku tahu?
Bila fikrah, latar belakang dah lain-lain, mesti ada yang bercanggah, mesti ada yang tak puas hati.
Aku pujuk yang di sebelah sana, katakan bahawa aku ambil sepenuh tanggungjawab untuk pantau takde benda yang tak diingini berlaku,
dalam masa yang sama aku terangkan di pihak sana, hal ini perlu dilakukan, for the sake of our batch. Even for the girls.
'Yes, I have my own reasons why I let this thing happens' --> cakap kat diri sendiri
tapi Allah lakukan semua tu bersebab.. kedua-dua pihak tidak bercakap selama hampir sebulan lebih.
Jadi buntu, mula salahkan diri sendiri. Dalam masa yang sama dengan studiesnya, kelas yang kadang-kadang batalnya, penatnya, itu ini blablabla, dalam kepala hanya merancang satu perkara yang boleh dijadikan sebagai penyelesaian --> orang tengah!
'bukakanlah simpulan lidahku, mudahkan urusanku. Bismillah'..
Alhamdulillah, perang tamat ^^
===
kita selalu fikir, kenapalah perempuan ni banyak sangat songeh. Itu tak boleh, ini tak suka, yang tu tak kena.
kita selalu fikir, kenapalah perempuan ni suka sangat emo. Kejap-kejap jerit, lepas tu nangis, tiba-tiba gelak. Mental ke apa?
kita selalu jugak fikir, kenapalah masalah-masalah relationship among friends ni always berlaku dalam kalangan perempuan. Cuba tengok lelaki tu, senang je. Boleh get along dengan sesape je. Perempuan pulak, banyak geng. Geng Handbag Bonia gaduh dengan Geng Kasut Gucci, Geng Tudung Labuh ngam dengan Geng Jubah Hitam tapi tak ngam dengan Geng Gelak Kuat & macam2 lagi.
dah nama pun perempuan, sangat susah nak handle. Fragile, handle with care!
kalau tak, takkan wujud pepatah 'bela lembu sekandang lebih mudah dari jaga seorang anak perempuan' kan?
Apa yang mampu diucapkan, ialah Alhamdulillah.
Sebab bila jadi macam ni, sedar tak sedar, perang tu yang buat kita lagi kenal siapa kawan kita, value friendship tu sendiri.
Bersihkan hati, jangan cepat sangat nak sangka buruk dengan orang.
Bersihkan hati, jangan cepat sangat nak ego, emo tak tentu pasal :)
Bersihkan hati, jangan cepat sangat nak judge orang.
Bersihkan hati, kadang-kadang kita tak sedar cara dakwah kita tu salah, boleh buat orang bengang.
Pointnya sekarang, bila berlaku something yang tak kena dengan orang lain / melibatkan hubungan kita sesama manusia,
cuba check balik hati tu bersih ke tak. Mesti ada something wrong.
Kalau pun salah tu bukan salah kita, tapi tak bermakna kita tak boleh mintak maaf.
Ucap maaf, untuk tunjuk yang kita ni bijak, sayangkan sesuatu hubungan. Bukan bermakna kita lemah, kita salah :)
1 comments:
pempuan mmang kompleks....hahaha
Post a Comment