Thursday, November 3, 2011


bila terasa diri kerdil,
bila terasa diri tak sempurna,
terasa mahu jauhkan diri.
mengutip kembali semua ilmu, memanfaatkan semula hidup yang berbaki.

kadangkala kita tak mampu jadi kuat,
kadangkala bukan lemah jalan yang kita pilih,
kadangkala kita hanya ada pilihan untuk berdiam diri,
tapi keadaan sekeliling terus menghukum,
rasa berdosa terus membelenggu.
kita bukan malaikat.

akhirnya jalan yang tinggal ialah,
menyalahkan diri sendiri.

kita bukan malaikat.

kita tahu di sana ada jalan gelap,
di sini ada jalan terang.
kita tahu liku-liku seorang hamba.
cuma kita bukan malaikat,
peperangan dengan nafsu itu sukar..dan melelahkan.
Jalan ini..
jalan susah dan panjang.
Jalan menuju syurga Dia,
jalan mencari rahmat-Nya.

kalau peperangan antara jiwa dan nafsu itu,
menemukan nafsu sebagai pemenang,
musnahlah dunia, rosaklah jiwa.

tapi jika juaranya jiwa,
tenteramlah dunia, meranalah nafsu.

Jalan ini, jalan susah dan panjang..
Susah dan panjang,
awalnya pahit, hujungnya manis..

===

Bantu aku ya Allah,
bantu aku dalam menjalani semua ini.
bantu aku ya Rahman,
bantu aku buat pilihan yang terbaik.
bantu aku ya Raheem,
aku tahu jalan yang sedang aku lalui ini jalan yang salah,
kuatkan aku,
bantu aku..

Allah...

 

0 comments: