Cuti selama sebulan setengah dah 5 hari berlalu. Ada macam-macam pilihan nak habiskan cuti ni macam mana ; kelas hafazan, kelas agama, kelas masak, kelas lesen memandu, habis 5 drama korea, facebook, jalan-jalan, ziarah, gosip atau sebagainya, itu semua bergantung pada diri kita! kan? aku tahu anda bijak memilih :D
Maka tadi, telah berjalan-jalan cari buku ke Big Bad Wolf South City Plaza & Wisma Yakin. Kali kedua pergi Big Bad Wolf, kali kedua borong buku secara habis-habisan!
Maka tadi, telah berjalan-jalan cari buku ke Big Bad Wolf South City Plaza & Wisma Yakin. Kali kedua pergi Big Bad Wolf, kali kedua borong buku secara habis-habisan!
Secara jujurnya, rakyat Malaysia bila disebut tentang Pesta Buku, tak berapa nak tertarik sangat. tapi cuba cakap 'eh ada Year End Sale laaa kat Parkson!' konfem sume bulat mata macam aku huhu
(bukan entri nak membebel tapi entri bukak mata)
macam yang kita tau, rakyat Malaysia khususnya Melayu sangatlaaaaaaaaahh kurang membaca. Anak-anak kecil jarang diberi pendedahan tentang buku atau manfaat membaca tu sendiri.
Contoh macam BBW ni sendiri, majoriti kaum India & Cina yang ramai, Melayu berapa kerat je. dan yang lebih mengagumkan, makcik-makcik Cina & India ni siap bawak anak suruh dorang pilih sendiri dorang nak buku apa. Beg luggage yang besar untuk travel tu disumbat-sumbat dengan buku.
Nampak macam dorang lebih memahami wahyu pertama kita, berbanding dari kita yang namanya Islam ni huu
![]() |
| berbaloi-baloi :) |
![]() |
| 2 buah kotak diheret ke sana sini :D |
maka, mari baca buku cuti ni. jangan buang masa. buku, awak nak jadi kawan saya tak? mesti awak nak kan?
1. Saksikan bahwa Aku Seorang Muslim by Salim A. Fillah
2. Dalam Dakapan Ukhuwah by Salim A. Fillah
3. Steal You Away by Niccolo Ammaniti
4. How to Develop Super Power Memory by Lorayne
5. Where the Streets Had A Name by Randa Abdel-Fattah
6. Just Beyond the Clouds by Karen Kingsbury
7. The Taking by Dean Knootz
8. Odd Thomas by Dean Knootz
ada orang tu suruh aku habiskan Dalam Dakapan Ukhuwah malam ni juga, maka baiklah, buku tu tukar jadi 1st place dalam list :D
tadi dah pegang buku Sirah Sahabat, tapi harganya di luar kemampuan pulak. Pejam mata, say goodbye untuk seketika. Tunggu next time saya datang, saya beli awak ye huhu
misi cuti : nak hafal sirah macam hafal buku medik, hadam lumat-lumat.
'bacalah, dengan nama Tuhanmu yang menciptakan'
p/s : 25 buku rm96. nak pergi lagi!



3 comments:
bestnyaaaa! kak pun tgh bc buku dalam dekapan ukhuwah. selamat menghayatinya,dear
:)
nak p jugak..sob3
kak fathy, dah jatuh cinta dgn buku tu huhu
fizah, hmpa balek kg awai sgt, lain kali kta p naa, tahun depann :D
Post a Comment