dia tanya aku, kenapa aku pelik.
dia tanya aku, kenapa aku diam.
dia tanya aku, aku terasa dengan siapa.
dia minta aku jangan diam.
dia minta aku jangan jadi orang asing.
tapi hakikatnya, aku tak jadi macam tu pun. Secara jujurnya, aku tak pernah ada niat nak jadi orang asing, nak jadi pelik, nak jadi diam. Aku masih aku.
Cuma ada sesuatu yang sedang mengetuk pintu hati.. Ada sesuatu yang datang bisik di telinga aku,
BERUBAHLAH.
dan perubahan yang aku sedang hadapi sekarang, bukan perubahan yang menuntut seseorang untuk kecewa, terasa dan pelik dengan sikap aku.
Ya, selama beberapa minggu aku menghadapi 'fasa pelik' dalam hidup.
Tapi tolong beri aku masa, untuk baiki kembali hubungan dengan Allah, supaya aku mampu menjadi aku yang dulu.
Sebab Thaiyibah yang ada depan mata anda semua sekarang, adalah Thaiyibah yang sedang mencari identiti diri, sedang berhadapan dengan konflik diri, sedang mencari perubahan.
dan aku harap, kalian semua faham dengan situasi aku.
aku minta maaf, kalau tindak tanduk aku ada yang mengguris hati.
aku minta maaf, kalau ada perkataan aku yang kasar, yang fire semua orang. Tapi percayalah, itu tak bermaksud menyakitkan hati kalian, aku mahu kita sama-sama bangkit.
aku minta maaf, kalau diam aku menimbulkan rasa tidak senang dalam hati kalian, tapi lebih baik sekiranya aku diam, supaya tiada perkataan sia-sia yang aku keluarkan.
Aku minta maaf. aku sayang kalian semua, tiada niat mahu buat semua orang terasa hati
:)
dan sebenarnya.. aku sedang menahan rindu, rindu pada Maahad Hamidiah yang tak tertanggung. Doakan aku baik-baik sahaja sepanjang cuti ini ya.
dan sebenarnya.. aku sedang menahan rindu, rindu pada Maahad Hamidiah yang tak tertanggung. Doakan aku baik-baik sahaja sepanjang cuti ini ya.
===
Alhamdulillah, semester satu tamat dengan sempurna ^^
Alhamdulillah, semester satu tamat dengan sempurna ^^
4 comments:
smoga thoba tabah ea..sabar2..
kita pun mengalami situasi yg sama seperti anda....mmg rasa nak menangis & pada masa yg sama,hanya kpd Allah lah tempat kita mengadu....InsyaAllah, kita akan jadi kuat...amin!
teha, doakan tau tau tau :)
Mujahidah Mukminah, be strong! sama-sama kuat tau :D
thaiyibah :)
Post a Comment