Thursday, November 24, 2011

Juniors :)


Khusus untuk adik-adik yang bakal keluar sekolah, yang tanya aku bertubi-tubi soalan sebelum keluar sekolah, minta maaf ya, baru sekarang sempat tulis panjang-panjang, sebab baru start cuti :D

Bahagian satu 

masih takde cita-cita? still taktau habis SPM nak sambung course ape? huuu

baik, first thing first, tanya hati, apa yang anda minat? dah 17 tahun anda hidup, mesti dah kenal diri sendiri. at least, tahu apa yang hati minat. kalau hati minat engineering,maka engineering lah. kalau bisnes, apply course for business. kalau architecture, so teruskan.


tapi..

ada satu keadaan di mana, anda minat, tetapi anda takut anda tak boleh bawak, sebab tiada gambaran yang sebenar tentang dunia kerjaya tersebut bukan? Ya yaa..aku faham..aku pernah rasa :)


sepanjang tempoh cuti SPM nanti, banyakkanlah lakukan kajian, dan banyakkanlah bertanya pada sesiapa yang pakar dalam bidang yang anda akan ceburi nanti. Lakukan kajian dengan sepenuhnya, bermakna kalau anda mahu tahu tentang betapa sibuknya kerjaya seorang doktor, bertanyalah. Betapa stressnya kerjaya seorang peguam, bertanyalah. Benarkan diri anda untuk mendapat pendedahan yang mencukupi sebelum melangkah ke dunia sebenar :)

contoh, sebelum aku betul-betul tekad mahu masuk ke dalam dunia medik,
aku tanya kakak-kakak senior, minta nasihat semua orang yang berada dalam dunia ini. kumpul seberapa banyak ilmu, macam mana dunia pelajar, macam mana mahu bahagikan masa dan sebagainya.

semua ini perlu, supaya nanti, tak terkejut! huhu


kedua, minta pendapat ibu bapa. kadang-kadang, ibu bapa lebih mengenali anaknya. sikap penyabarny,sikap penyayangnya, dan bermacam-macam lagi, boleh ke anak diorang ni pegang sesuatu jawatan. Kebiasaannya, cadangan ibu bapa berkesan dalam menentukan pilihan anak-anak :)

keempat, istikharah. Ini jalan yang terbaik dan berkesan selepas berusaha dan istisyarah kan :)
berdoalah, minta Allah permudahkan. Minta yang terbaik, kerana Allah yang tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya.

ya, tak dinafikan dalam dunia sekarang, dengan persaingan yang sangat hebat dalam nak dapatkan tempat di IPTA, pelajar memang dah takde pilihan, kena struggle dapat straight A's jugak, baru boleh dapat tempat yang kualiti dalam IPTA.


tapi, jagalah hubungan dengan Allah dari sekarang. Rezeki kita, siapa yang tahu. Berusaha, dan berdoalah bersungguh-sungguh. Apa yang Allah bagi, itulah yang terbaik. Siapkan mental dan rohani daripada sekarang :)

Bahagian dua


Dunia luar.


Satu pesanan sahaja yang ingin disampaikan,

Tuhan yang melihat kita ketika kita di sekolah (Maahad Hamidiah atau sekolah mana-mana sahaja) ialah Tuhan yang sama melihat kita ketika di luar nanti. Jadi, tiada beza kehidupan di sekolah atau di luar, sebab Yang Melihat itu masih yang sama.
Kalau di sekolah jaga pertuturan, maka di luar pun jagalah.
Kalau di sekolah jaga pakaian, tudung labuh dan sebagainya, maka di luar pun jagalah.
Kekalkan mana yang baik, sebab Tuhan yang Melihat dan Mengetahui itu, masih Tuhan yang sama bukan?


hukum Allah, bukan ikut tempat, bukan ikut masa, bukan ikut suka.
kita kena ikut, tak kira tempat, tak kira masa :)


Bahagian tiga


Medik.


Aku baru setahun jagung dalam dunia ni. Belum cukup setahun pun lagi, baru habis 6 bulan. Maka aku tak punya banyak pengalaman yang boleh dikongsikan, sebab betul-betul masih hingusan!


tapi aku tahu ramai juniors aku yang mahu ceburkan diri dalam bidang ini.

Apa yang aku terapkan dalam diri aku,
ceburkanlah diri dalam mana-mana bidang sekali pun, kalau kita niatkan ibadah dan sebab nak tolong agama Dia,
tiada isu susah atau senang, sebab kita akan sentiasa bersungguh-sungguh nak majukan diri dan agama. bukan?


macam mana ulama' terdahulu boleh hafaz Quran, dalam masa yang sama jadi doktor, dalam masa yang sama juga alim agama macam Ibnu Sina dan lain-lain tu,
macam tu juga kita kena terapkan dalam diri kita :)

p/s : soalan lain macam pengalaman interview dan sebagainya, lain entri ya :) 

Nah sekeping gambar,


saya rindu bumi ini.

6 comments:

ummufayyad said...

ummu un rindu bumi itu..huhuh
:)

farzana said...

rindu nye kat maahad. >.<

AK spm06 said...

saya pun rindu bumi tu.

skeen said...

menarik ! nanti adk2 tanye senang dah copy paste aje link :)

thaiyibah said...

teha, far, senior AK SPM06, yep, sangat rindu :)

skin, boleh je, dialu2kan untuk share dgn diorang :D

[fathiyyah] said...

^^