Friday, December 30, 2011

Perempuan rambut putih itu


Perempuan yang berambut putih itu,
dia dah tak mampu menguruskan diri sendiri.
Perempuan yang berambut putih itu,
dia lemah, dia ingat-ingat lupa waktu, dia kadang kala tak tahu apa yang berlaku di sekelilingnya.
Perempuan yang berambut putih itu,
dia kurang dengar, dia kurang nampak.
Perempuan yang berambut putih itu,
jalannya perlahan, menapak selangkah demi selangkah seperti bayi kecil yang baru pandai berjalan.

Suatu hari nanti, rambut aku akan memutih, kulit aku akan mula berkedut.
aku akan jadi lemah, aku akan jadi lupa mungkin.

doa aku, biarlah hari tua aku nanti, aku tak menyusahkan sesiapa.
biarlah hari tua aku nanti, aku tak membuang air merata, aku tak menimbulkan rasa tidak senang di hati sesiapa.
biarlah hari tua aku nanti, biarlah di saat aku mahu bertemu Tuhanku nanti, di saat aku tak buat salah pada sesiapa, insyaAllah.

aku tahu, kalau Tuhan izinkan umur aku panjang, rambut aku akan memutih,
aku akan jadi seorang orang tua yang mungkin sakit, mungkin juga sihat.

orang yang matang ialah orang yang sentiasa ingat mati - nota usrah 22/9/11

mari jadi matang :)

wassalam



0 comments: