Wednesday, December 28, 2011

S


Bismillah, salam warahmatullah.

Menelusuri cuti, dah sebulan cuti habis, tinggal lagi beberapa hari menjelang 12 hari bulan Januari.
Alhamdulillah, keputusan semester 1 pun dah selamat keluar, itulah yang Allah berikan, yang terbaik. Allah jawab doa dengan memberi yang terbaik, maka bersyukurlah :)

cuti. Selamat mengkhatamkan beberapa buah buku.

'Payah jugak nak hadam seerah ni!' berjuta nama muncul. 

Abu Ubaidah al-Jarrah - Sahabat nabi paling amanah.
Syuharbil bin Hasanah - pegang kontinjen perang Yarmouk
Amir bin Abi Waqqas - salah seorang 3 beradik yang masuk Islam
Dhiror al Azwar - Kena tangkap waktu perang Uhud

dan banyaaaaaaaak lagi!

'jangan banyak alasan. baca!' paksa diri sendiri. kalau boleh hafal chapter Bio tu hadam lumat-lumat, kenapa nak hafal seerah ni tak mampu?' mula ketuk diri sendiri.

kenapa beriya-iya nak hafal seerah? - soalan ni pernah ditanya.

baik, kalau kita baca buku manual kita betul-betul, baca makna dan tafseer secara teliti,
2 per 3 daripada al-Quran itu adalah seerah.
Seerah nama Adam, seerah nabi Nuh, Hud, Idris, Zakaria, Yusuf, Firaun, Musa, Muhammad, seerah perang Badar, seerah perang Uhud, perang Hunain, Abu Bakar dan sahabat-sahabat lain.
malah asbabun nuzul surah pun, merupakan seerah!


jadi macam mana kita nak faham, nak baca manual kita, kalau seerah sendiri pun kita terkedek-kedek lagi? huwarghhhh, ketukan lebam!


===


duduk buka buku. 'bila dah habis cuti, macam mana nak cari masa hafal seerah di tengah-tengah hafal buku lain?' mula cemas.

Alahai Thaiyibah.. Takkan masa pun tak pandai nak susun. Alasan je banyaaaaaak! Dush.


Alhamdulillah, cuti aku, walaupun taklah dimanfaatkan dengan mantap seperti orang lain, tapi berjaya dimanfaatkan sebaiknya, seperti dalam perancangan.
Alhamdulillah, cuti aku, walaupun sekadar berada dengan keluarga dan menghabiskan masa dengan mereka, sekurang-kurangnya aku tahu aku ada keluarga, yang mana selepas ini aku akan sibuk dan jarang berjumpa mereka mungkin.
Alhamdulillah, ini cuti aku. Alhamdulillah :)




rancangan nak kawen waktu stadi, akan ditentang dan akan disokong.
akan dikemukakan segala macam risiko, akan dikemukakan segala macam kebaikan.
akan dipandang serong, malah akan juga diterima dengan senyuman.

bernikahlah, semoga nikah itu mampu mencegah yang mungkar, dan membawa kebaikan.
bernikahlah, semoga nikah itu mampu menyempurnakan sebahagian agama.
bernikahlah, semoga nikah itu mampu melajukan perjalanan dakwah.
bernikahlah, semoga dengan nikah ini mampu mantapkan pelajaran.

bernikahlah, bernikahlah kerana Allah.
pemantapan individu Muslim itu, semoga mampu membina masjid Baitul Muslim.

:)

Wassalam

3 comments:

ummufayyad said...

kalu nikah.ajak ummu ^_^

zureen . mumy . ali . juju said...

so sweet (:
kalaulah hidup aku se shuwetttt kau


aku doakan kebahagiaan & kejayaan kau
dunia akhirat thoba :P


iloveyou >.<

ati baek said...

sirah mendidik kita menjadi seorang daie. sebab sirah--->tarbiyah Allah kepada nabi untuk menjadi seorang nabi. :)