Friday, December 30, 2011

Perempuan rambut putih itu


Perempuan yang berambut putih itu,
dia dah tak mampu menguruskan diri sendiri.
Perempuan yang berambut putih itu,
dia lemah, dia ingat-ingat lupa waktu, dia kadang kala tak tahu apa yang berlaku di sekelilingnya.
Perempuan yang berambut putih itu,
dia kurang dengar, dia kurang nampak.
Perempuan yang berambut putih itu,
jalannya perlahan, menapak selangkah demi selangkah seperti bayi kecil yang baru pandai berjalan.

Suatu hari nanti, rambut aku akan memutih, kulit aku akan mula berkedut.
aku akan jadi lemah, aku akan jadi lupa mungkin.

doa aku, biarlah hari tua aku nanti, aku tak menyusahkan sesiapa.
biarlah hari tua aku nanti, aku tak membuang air merata, aku tak menimbulkan rasa tidak senang di hati sesiapa.
biarlah hari tua aku nanti, biarlah di saat aku mahu bertemu Tuhanku nanti, di saat aku tak buat salah pada sesiapa, insyaAllah.

aku tahu, kalau Tuhan izinkan umur aku panjang, rambut aku akan memutih,
aku akan jadi seorang orang tua yang mungkin sakit, mungkin juga sihat.

orang yang matang ialah orang yang sentiasa ingat mati - nota usrah 22/9/11

mari jadi matang :)

wassalam



Wednesday, December 28, 2011

S


Bismillah, salam warahmatullah.

Menelusuri cuti, dah sebulan cuti habis, tinggal lagi beberapa hari menjelang 12 hari bulan Januari.
Alhamdulillah, keputusan semester 1 pun dah selamat keluar, itulah yang Allah berikan, yang terbaik. Allah jawab doa dengan memberi yang terbaik, maka bersyukurlah :)

cuti. Selamat mengkhatamkan beberapa buah buku.

'Payah jugak nak hadam seerah ni!' berjuta nama muncul. 

Abu Ubaidah al-Jarrah - Sahabat nabi paling amanah.
Syuharbil bin Hasanah - pegang kontinjen perang Yarmouk
Amir bin Abi Waqqas - salah seorang 3 beradik yang masuk Islam
Dhiror al Azwar - Kena tangkap waktu perang Uhud

dan banyaaaaaaaak lagi!

'jangan banyak alasan. baca!' paksa diri sendiri. kalau boleh hafal chapter Bio tu hadam lumat-lumat, kenapa nak hafal seerah ni tak mampu?' mula ketuk diri sendiri.

kenapa beriya-iya nak hafal seerah? - soalan ni pernah ditanya.

baik, kalau kita baca buku manual kita betul-betul, baca makna dan tafseer secara teliti,
2 per 3 daripada al-Quran itu adalah seerah.
Seerah nama Adam, seerah nabi Nuh, Hud, Idris, Zakaria, Yusuf, Firaun, Musa, Muhammad, seerah perang Badar, seerah perang Uhud, perang Hunain, Abu Bakar dan sahabat-sahabat lain.
malah asbabun nuzul surah pun, merupakan seerah!


jadi macam mana kita nak faham, nak baca manual kita, kalau seerah sendiri pun kita terkedek-kedek lagi? huwarghhhh, ketukan lebam!


===


duduk buka buku. 'bila dah habis cuti, macam mana nak cari masa hafal seerah di tengah-tengah hafal buku lain?' mula cemas.

Alahai Thaiyibah.. Takkan masa pun tak pandai nak susun. Alasan je banyaaaaaak! Dush.


Alhamdulillah, cuti aku, walaupun taklah dimanfaatkan dengan mantap seperti orang lain, tapi berjaya dimanfaatkan sebaiknya, seperti dalam perancangan.
Alhamdulillah, cuti aku, walaupun sekadar berada dengan keluarga dan menghabiskan masa dengan mereka, sekurang-kurangnya aku tahu aku ada keluarga, yang mana selepas ini aku akan sibuk dan jarang berjumpa mereka mungkin.
Alhamdulillah, ini cuti aku. Alhamdulillah :)




rancangan nak kawen waktu stadi, akan ditentang dan akan disokong.
akan dikemukakan segala macam risiko, akan dikemukakan segala macam kebaikan.
akan dipandang serong, malah akan juga diterima dengan senyuman.

bernikahlah, semoga nikah itu mampu mencegah yang mungkar, dan membawa kebaikan.
bernikahlah, semoga nikah itu mampu menyempurnakan sebahagian agama.
bernikahlah, semoga nikah itu mampu melajukan perjalanan dakwah.
bernikahlah, semoga dengan nikah ini mampu mantapkan pelajaran.

bernikahlah, bernikahlah kerana Allah.
pemantapan individu Muslim itu, semoga mampu membina masjid Baitul Muslim.

:)

Wassalam

Sunday, December 18, 2011

DDU




setahun dulu, dia pernah tanya aku.

'kenapa eh, awak baik sangat dengan saya? kita baru kenal bape hari..'

'sebab awak saudara Islam saya'

'erkk'

ya, aku tahu dia akan ragu-ragu dengan jawapan aku. tapi tu la yang lahir ikhlas dari hati.

anda pernah rasa baru jumpa seseorang beberapa jam tapi dah rapat boleh peluk-peluk, bertepuk bertampar, gurau gelak, nanges sama-sama. anda pernah rasa?
dia duduk temukan lutut dia dengan lutut anda, keluarkan al-Quran penuh dengan penanda warna-warni, bagi satu ayat yang menyentuh hati, dan anda mula menangis terasa.
dia keluarkan talam, isi nasi dan lauk, tangan anda bertemu dengan tangan dia, rebut-rebut lauk dalam talam, main suap-suap, berkongsi segala cerita.

sekarang,
aku punya alasan yang jelas kenapa hati aku jawab 'sebab awak saudara Islam saya' pada pertanyaan-pertanyaan yang serupa dengan di atas.
Dalam dekapan ukhuwah, setiap jawapan dijawab melalui tingkah laku Nabi kita. Apabila datang seorang musyrik mengatakan dia beriman dengan Allah dan Rasul, Nabi akan memeluknya, dan berkata 'kita saudara, dalam iman'

'boleh tolong bawak aku kembali pada Dia? aku rindu nak jadi aku yang dulu' sujud syukur, aku rindu dia yang lama, yang tak menyimpang jauh dari landasan agama Dia.
'boleh, sentiasa boleh'

saidina Umar berkata, ada 3 penilaian untuk kenal bagaimana kawan kita ; sewaktu kita berdagang atau berhutang dengannya, waktu bermusafir dengannya selama 10 hari, waktu kita berjiran dengannya :)

nota kaki : Dalam Dekapan Ukhuwah by Salim A. Fillah. bacalah, rugi tak baca. 5 bintang aku beri, berjaya ketuk hati hingga menangis. penuh dengan seerah, boleh hafal dan hadam, praktik dalam hidup! Mesti baca :)
 

Saturday, December 3, 2011

Pernah ada masa-masa


Pernah ada masa-masa dalam cinta kita
kita lekat bagai api dan kayu
bersama menyala, saling menghangatkan rasanya
hingga terlambat untuk menginsafi bahwa
tak tersisa dari diri-diri selain debu dan abu

Pernah ada waktu-waktu dalam ukhuwah ini
kita terlalu akrab bagai awan dan hujan
merasa menghias langit, menyuburkan bumi,
dan melukis pelangi
namun tak sedar, hakikatnya kita saling meniadai

 di satu titik lalu sejenak kita berhenti, menyedari
mungkin hati kita telah terkecualikan dari ikatan atas iman
bahkan saling nasihat pun tak lain bagai dua lilin
saling mencahayai, tapi masing-masing habis dimakan api

 Kini saatnya kembali pada iman yang menerangi hati
pada amal soleh yang menjulang bercabang-cabang
pada akhlak yang manis, lembut dan wangi
hingga ukhuwah kita menggabungkan huruf-huruf menjadi kata
yang dengannya kebenaran terbaca dan bercahaya

aku sayang kalian,
karena Allah

:)