Saturday, February 4, 2012

iv

kalau pandang belakang, rasa tak mahu tengok semua benda yang pernah berlaku.
kalau pandang belakang, rasa macam terlalu banyak kisah hitam.

tak dapat nak bayangkan macam mana nanti dekat Padang Mahsyar, waktu Allah tayang video satu persatu apa yang kita buat, dari mula lahir sampai mati.
sikit pun tak terlepas dari pandangan Allah.
sikit pun tak terlepas dari perhitungan Allah, dia hisab semua tu.

Nahh..


===


i. New sem dah mula lebih 3 minggu. Terkejar-kejar. Jadual boleh tahan padat. Isnin padat, Selasa relaks sikit, Rabu padat, Khamis padat, Jumaat padat!


Anatomy = mahu tergolek kepala.
Histology = lagi lah tergolek.
Physiology = super tergolek!
Biochemistry = ohh apakah ini? haha


dalam perjalanan menuntut ilmu, kena ikhlas. sebab belajar ilmu Dia. mana boleh merungut, mana boleh kata tidak. mana boleh cakap 'huwargh malasnya nak stadi!'


cuba tengok balik, semua ilmu ni dekatkan diri dengan Dia kan?


kenapa Allah suruh tidur waktu malam?
sebab malam tu gelap. keadaan gelap akan galakkan penghasilan melatonin, baik untuk badan, energy etc.


see, semua Allah buat semua bersebab. makin kita kaji, makin kita tahu kerdilnya kita ni, nak sombong-sombong, ego buat apa? hoho.


ii. Alhamdulillah. Satu lagi masjid berjaya didirikan. Lengkap sudah separuh agama dia, selamat melengkapkan yang separuh lagi ye. Tahniah kakak!


iii. Aku sedang belajar. Belajar pasal manusia. Sikap manusia, perangai manusia, perasaan manusia. Aku sedang belajar. Sedang. Maka jangan hukum aku. 


dalam hidup ni, antara salah satu doa yang selalu diutuskan, ialah Allah jadikan aku seorang yang ikhlas dan berlapang dada.


Maka aku yakin, Allah sedang jawab doa aku sekarang. Allah sedang beri seseorang yang aku perlu sentiasa ikhlas dan berlapang dada. Maka berlapang dada lah.


iv. Stokin.

sedang rancak menikmati makanan dan bercerita perkembangan masing-masing,
tiba-tiba muncul seorang makcik Cina menangis-nangis depan kami,
sambil pegang perutnya.
terkedu.
'tolonglah adik, makcik sudah lama tak makan'

dia di sebelah hulurkan duit,
aku hulurkan duit,
dia di depan pun turut sama hulurkan duit.
lepas tu masing-masing senyap, mungkin masih dalam mood terkejut. sangat!

Makcik Cina berjalan ke meja sebelah.
Kakak bertudung buat tidak tahu, sambil tersenyum-senyum membalas mesej. Aku jadi sayu tengok Makcik Cina tersebut. Maruah dia macam kena pijak. beberapa minit kemudian, Makcik Cina tu berlalu dengan muka hampa. Sambil menangis.

'kalau betul dia tipu, itu urusan dia, apalah sangat rm1 tu kalau nak dibandingkan dengan kesusahan dia' - dia yang di sebelah bukak mulut.

'btol, kte pernah dengar ustaz cakap, jangan fikir orang datag mintak sedekah ni menipu, tapi fikir Allah hantar dia sebab kita ni kurang sangat bersedekah, ni la masanya nak bersedekah' - tu pandangan aku.

dan masing-masing terketuk. gedebush!